Friday, February 11, 2011

Jangan Sampai Rakyat Malaysia Jadi Macam Rakyat Mesir.




KDN GERAK GELOMBANG KESUKARELAAN LEBIH BESAR.

ALOR SETAR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menggerakkan gelombang kesukarelaan yang lebih besar untuk menyertai Anggota Ikatan Relawan Rakyat (RELA) di seluruh negara bagi menyokong dan membantu tugas warga kerja kementerian itu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong, berkata ia perlu dilakukan secara konsisten dan menyeluruh bagi manarik lebih ramai anggota baru yang boleh melonjakkan lagi jumlah anggota RELA di seluruh negara.

"Ini kerana jumlah anggota yang ramai dapat menggambarkan sokongan serta minat orang ramai untuk bersama-sama menggerakkan gelombang kesukarelaan,
sekaligus perlu dimantapkan supaya menjadi aset bernilai kepada negara.

"Oleh itu pertubuhan itu perlu memperbanyakkan lagi program latihan bagi
melahirkan modal insan yang benar-benar terlatih, berkualiti dan mampu
menjalankan tugas dengan profesional," katanya pada majlis pelancaran platun
Cina dan kempen penambahan anggota Rela peringkat negeri Kedah di sini semalam.
Hadir sama Ketua Pengarah RELA, Datuk Zaidon Asmuni dan Pengerusi MCA Kedah,
Chong Itt Chew.

Lee berkata, beliau mahu anggota RELA meningkatkan peranan supaya menjadi
pasukan kesukarelaan rakyat di barisan paling hadapan untuk keselamatan dan
kemasyarakatan bukan sahaja dalam negara tetapi mempunyai peranan di peringkat
antarabangsa.

"Kita perlu berfikir secara positif dan perlu melihat ke luar kotak untuk
mencari pendekatan baru dan releven sejajar dengan perkembangan semasa supaya usaha kita memberi impak yang berpanjangan kepada masyarakat," katanya.

Katanya, anggota RELA tidak seharusnya leka dan sentiasa mahu berada dalam zon
selesa hingga takut untuk menerokai dan memperkenalkan idea atau pendekatan baru
dalam tugas harian. - BERNAMA

Sehubungan dengan itu, Undi Pos akan dilaksanakan dan dikata anak isteri para anggota RELA juga akan disenarai sebagai pengundi POS.

Abang Mat memberi agutan dan amaran kepada kerajaan di Ceramah Solidariti bahawa jika kerajaan berani membuat langkah penambahan undi POS dengan menyenaraikan para anak isteri anggota rela sebagai pengundi POS. Jangan terkejut jika rakyat bangkit seperti di Mesir!

Rakyat Malaysia bukan bodoh!

No comments:

Post a Comment