Bismillahirrahmanirrahim
Bila bercakap pasal cinta tak semua orang menyukainya. Pasti ada yang geli atau gelisah bila bercakap pasal cinta. Adakah cinta itu hanyalah kehendak dan bukannya keperluan. Cinta itu diperlukan atau hanya ada bila dikendaki. Siapakah yang layak bercinta? Adakah hanya para alim ulamak yang layak bercinta dengan si pencipta,atau para suami kepada isteri bila malam tiba menjelma, atau para remaja yang terlalu dahagakan kasih sayang dan cinta yang layak bercinta.
Ya, Cinta hakiki hanyalah pada ALLAH swt.
Tak kira para ulamak atau para kebannyakkan, cinta yang hakiki adalah cinta kepada ALLAH swt yang tidak akan lari, namun jika bercinta dengan manusia, ia akan lari dan akan mati. ALLAH swt tidak akan mati dan sentiasa ada dan tiada tara hingga ke hujungnya.
Adakah cinta itu hanya untukNYA?
Cinta sesama munusia adalah fitrah dan tidak boleh dinafikan. Dan tiada potongan ayat al-quran atau hadis yang melarang manusia bercinta dan berkasih sayang. Namun cara bercinta yang mampu membuat cinta itu halal atau pun haram. Kisah cinta pertama dalam tamadun dunia ialah cinta Adam a.s dan hawa.Kisah cinta Adam a.s dan hawa sungguh romantik. Adam menyintai dan merindui hawa takkala ALLAH swt masih belum mencipta hawa sebagai manusia. Ketika disaat Adam a.s berbahagia di syuraga ALLAH swt, tiba-tiba Adam a.s merasai perasaan yang tidak pernah dirasakanya. Rasa ingin hidup berteman lalu diciptalah Siti Hawa dari tulang rusuknya untuk dijadikan teman di syurga ALLAH swt. Kisah cinta itu jelas menunjukkan ALLAH swt tidak pernah melarang hambanya bercinta dan berkasih sayang dan ia merupakan satu fitrah yang tidak mampu dibunuh atau dibakar. Cinta itu adalah fitrah.
Cinta itu fitrah dan aku juga pernah merasai kehangatan cinta. Cinta yang hadir tidak pernah diminta dan tidak pernah aku duga. Dan tidak ku sangka indahnya cinta tidak terkata. Hadirnya bagai sang mentari menyinari kehidupan yang gelap malamnya menjadi siang yang terang. Walaupun terbakar ditengah jalan,aku tidak kecewa kerana ini adalah anugehrahnya. Cinta itu tidak semestinya bersatu.
Kenapa cinta?
Kenapa aku berbicara pasal cinta ni? Ooo aku berbicara pasal cinta kerana 14 Februari ini para non-muslim akan menyambut hari kekasih atau lebih dikenali sebagai Valentine's Day. Aku takut para sahabat sekalian juga terlibat bersubahat dengan non-muslim menyambut Valentine's Day. Kita umat islam dilarang menyambut perayaan itu kerana ia jelas adalah bukan perayaan kita.
Tahukah kita apa itu Hari Valentine?
Terdapat banyak sejarah yang menceritakan Hari Valentine. Diantaranya ialah perayaan ini disambut bagi mengingati ratu-ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom ketika pemerintahan empayar Rom.
Ada juga yang mengatakan Hari Valentine disambut bagi memperingati St. Valentine dan St. Marius yang telah melanggar peraturan yang ditetapkan Raja Claudius yang telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Meraka berdua mengikarinya dengan berkahwin secara sembunyi. Perkara ini diketahui oleh Raja Claudius dan St. Valentine ditangkap dan diseksa. Ada yang mengatakan St. Valentine diherek dan dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Dan Hari Valentine disambut bagi memperingati simbol St. Valentine yang sanggup mempertahankan kisah cintanya itu.
Namun ada juga yang menyambut Hari Valentine bagi mmeperingati nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin selepas kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam bagi meraikan kemenagan kerajaan Sepanyol itu. Namun ianya mendapat tentangan kerana paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Namun St. Valentine berkahwin juga dan menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.
Jika diteliti sejarahnya, maka jelas, Hari Valentine ialah perayaan kristian dan mengapa kita umat Islam harus meraikannya. Kenapa pada Hari Valentine baru kita terasa ingin mengucapkan rasa cinta atau ingin menulis kata-kata rindu dendam yang bergelora dijiwa. Dan sebagai umat islam, kita dilarang sama sekali untuk meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam.
Islam tidak pernah meletakkan tarikh atau waktu untuk kita bercinta. Islam sentiasa menganjurkan cinta dan sayang sentiasa bersemai dihati. Tiap-tiap hari adalah hari "kekasih bagi umat islam". Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim yang bermaksud "Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang" jelas membukti setiap hari umat islam mengucapkan rasa kasih dan sayang kepada kekasih agung kita. Dan cinta itulah yang kekal abadi dan jika ingin bercinta sesama manusia, bercintalah keranaNYA.
Setiap detik, aku cinta aku rindu padamu."
No comments:
Post a Comment