Tuesday, February 8, 2011

Misi ke Mesir tiada kepentingan Politik.



Sebelum ini Datuk Seri Najib Tun Razak pernah berpesan supaya misi bantuan ke Mesir tidak dipolitikkan kerana ia merupakan kepentingan negara dan tidak ada pertimbangan politik sama sekali.

Perkara ini disambut baik oleh Pakatan Rakyat. Namun kata-kata Najib ibarat menanam tebu dibibir bilamana Bekas Presiden Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Zulkapli Yaacob yang merupakan peserta misi bantuan ke Mesir memberitahu bahawa setiap peserta perlu memakai t-shirt logo 1 Malaysia.

Kenapa harus pakai t-shirt logo 1 Malaysia?

Misi bantuan ke Mesir bukan misi UMNO tetapi ia merupakan misi negara dan kenapa umno ingin meneguk air yang keruh dengan mengambil kesempatan untuk berkempen atau mempromosi Umno ketika misi bantuan ke Mesir.

Zulkapli Yaacob juga memberitahu bahawa misinya ke mesir mendapat banyak halangan walaupun ini sebelum ditawarkan menyertai misi ini bagi menghantar bantuan ke Mesir kerana beliau membawa duit sejumlah RM120,000 yang diberi oleh kerajaan negeri Kelantan. Beliau yang sepatutnya berlepas bersama-sama kumpulan pertama kerana kapal terbang penuh dengan barangan bantuan. Beliau mempersoalkan alasan itu kerana BETULKAH barangan diletakkan ditempat duduk penumpang dan bukannya di dalam perut pesawat.

Berjam-jam beliau menunggu penerbangan seterusnya namun tiada respon dari pihak penganjur. Akhirnya beliau mengambil keputusan menggunakan penerbangan SIA(Singapore Airlines) dan berjaya menyampaikan wang kepada pelajar dan selamat pulang ke Malaysia tanpa sebarang halangan oleh pihak Mesir. ALLAHDULILLAH.

kerajaan negeri Kelantan merupakan satu-satunya negeri yang menyumbangkan wang kepada pelajar Mesir di sana dan merupakan satu-satunya peserta yang diketepikan dalam rombongan misi tajaan kerajaan Malaysia.

Terima Kasih kerana tidak mempolitikkan Misi ke Mesir.

3 comments:

  1. Jubur la Najib...

    Jubur la RosMoh...

    UMNO Jubur...!!!

    ReplyDelete
  2. bese le tu..sambil menyelam minum air

    ReplyDelete
  3. 1 malaysia.. kan ke Malaysia tu.. bukannya satu UMNO.. hehe

    ReplyDelete