Saturday, February 19, 2011

Pas bukan untuk Ulamak sahaja.




Kalau dulunya bila ingat Pas, tentu mereka akan ingat orang tua yang pakai kopiah dan berbaju jubah adalah ahli PAS. Anak-anak muda dahulunya takut berdamping dengan golongan PAS kerana mengangap PAS adalah hanya untuk golongan tertentu sahaja.

Namun kini semuanya berubah. Anak-anak muda tidak lagi takut untuk berdamping dengan Pas kerana anggapan Pas hanya menerima golongan tertentu sahaja adalah tidak benar.
Kini PAS mampu berdiri megah dengan pelbagai golongan dalam kepimpinan PAS. Dari golongan ulama hinggalah golongan profesional yang bersatu padu dalam menjayakan matlamat PAS iaitu meletakkan ISLAM ditempat yang tinggi.

Kini PAS bukan sahaja mempunyai ulama seperti Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi, Tuan Guru Haron Taib dan Tuan Guru Harun Din tetapi juga mempunyai ‘ulama profesional’ seperti Dato Husam Musa, Dr Dzulkifli, Dr Mujahid, Dr Mariah, Ir Saari Sunggip, Ir Mohd Nizar dan ramai lagi.

Hari ini Bob Lokman yang terkenal sebagai Pelakon dan penulis lirik telah mengejutkan banyak pihak apabila hadir ke himpunan besar Pemuda PAS dan di Alor Setar bagi memohon menyertai parti Islam itu. Beliau telah menyerahkan borang keahliannya kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak yang juga pesuruhjaya PAS negeri.

Menurut beliau, sebenarnya Pas sangat popular dikalangan rockers seperti Amy seach,Akill Hayy,Ito Blues Gang dan ramai lagi yang tertarik dengan perjuang PAS.
Namun mungkin kerana sistem pemerintah negara ini yang tidak demokrasi dan sentiasa mengamalkan diskriminasi menyebabkan ramai yang takut untuk menyatakan hasrat dihati. Namun syabas diucapkan kepada Bob Lokman yang berani menyatakan hasratnya itu. Walaupun beliau berkemungkinan "tidak laku" lagi dalam industri musik selepas ini.

Diharap selepas kemasukkan beliau(Bob Lokman) dan rockers yang lain dapat mendekatkan lagi ramai anak muda kepada PAS.

"KERANA MU ALLAH" & 'ALLAH DIDAHULUKAN, TAQWA DIUTAMAKAN".

No comments:

Post a Comment