Friday, March 11, 2011
Saman ekor pendapatan Kerajaan yang baru?
Sebelum ini negara kita gempar dengan cerita yang Malaysia akan muflis menjelang 2019 jika kerajaan terus memberi subsidi pada rakyat. Dan hari ini Malaysia sekali lagi GEMPAR dengan pendapatan polis sebanyak RM1 juta dalam 6 hari.
Ucapan taniah kepada PDRM dan ucapan takziah kepada yang membayar saman. Namun disebalik kegembiraan pihak PDRM dengan kejayaan mendapat RM1 juta itu timbul pula isu saman ekor yang betul-betul menyusahkan dan mengelirukan rakyat.
Ini kerana banyak yang tidak berpuas hati bila TERPAKSA membayar saman yang tidak munasabah. Ada yang pertikaikan penggunaan Alat Perangkap Had Laju yang digunakan polis itu. Adakah Kalibrasi alat itu betul-betul mencapai tahap yang memuaskan. Ini kerana banyak pemandu yang mendapat saman itu tidak mengaku memandu laju dan yakin meter pada keretanya tidak menunjukkan hadlaju yang salah. Ada pula kes yang tidak mengaku telah melalui pada jalan tersebut pada tarikh surat saman ekor itu dikeluarkan.
Adakah kerajaan mahu SAMAN EKOR menjadi pendapatan negara. Dimana slogan 1 Malaysia "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Adakah kerana itu slogan 2010 dan ia sudah lapuk maka "1 Malaysia Menjana Transformasi" pula yang menjadi gagasan kerajaan hari ini. 1 Malaysia terpaksa menjana ekonomi pada negara. Ini betul-betul mengubah gagasan Malaysia.
Dan rakyat juga merasa terhina dan sangsi. Adakah kereta yang dipandu laju itu mempunyai 'crest' VVIP, Exco, MP, ADUN, J.P dan pelbagai bintang Anugerah juga mendapat saman ekor. Adakah hanya rakyat golongan marhean sahaja yang perlu didahulukan?
Perkara ini jelas menunjukkan bahawa saman ekor masih tidak boleh diguna pakai lagi. Ahli parlimen Pokok Sena yang juga merupakan pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menasihati agar mangsa saman ekor agar tidak membayar kompaun yang dikenakan biarpun tempoh promosi pembayaran berakhir hari ini.
Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusat pula mengajak rakyat untuk memprotes saman ekor yang tidak adil dan membebankan rakyat dengan menaikkan kain rentang di seluruh negara dengan slogan "Tolak Saman Ekor ,Tolak BN Di PRU 13" "PR Menang Saman Ekor Dihapuskan" "Undi BN , Bererti Anda Setuju Saman Ekor" "Jangan Undi BN, Jika Anda Mahu Hapuskan Saman Ekor" .
Dan kita lihat mengapa hanya para peminpin dari pakatan rakyat yang membantah " saman ekor" Adakah hanya pimpinan dari pakatan rakyat yang memahami kehendak rakyat. Rakyat bukan menyalahkan kerajaan mengenakan saman, namun rakyat tidak bersetuju cara saman itu dijalankan.
Kita sebagai rakyat harus sedar bahawa kita memilih sesebuah parti yang memerintah negara bukan untuk menyusahkan rakyat tapi untuk meringankan beban rakyat. Jika kerajaan hari ini merasakan dengan saman ekor hari ini ialah cara terbaik. Maka cara terbaik kita sebagai rakyat adalah menukarkan kerajaan hari ini kepada kerajaan yang baru pada PRU-13.
KITA TUKAR INI KERAJAAN KEPADA KERAJAAN YANG BARU.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AKU PUN PENING,MACAMANA NOTIS BOLEH JADI SAMAN.KALUT RIBUT RAKYAT PENING PAKAT BAYAR SAMAN.MUDAHNYA KUTIP DUIT RAKYAT YANG DIDAHULUKAN.
ReplyDelete