Monday, March 14, 2011

Bolehkah Tun Mahadhir di percayai?



"Saya pun meyalahkan kuasa juga masa saya dulu. Lihat Dato Sri Anwar apa jadi padanya? Saya tangkap, saya taruk masuk dalam tahanan. Semua orang nampakkan? Bukan dia ada sebab apa-apa pun..Bukan ada kesalahan yang dilakukan oleh Dato' Sri Anwar.Takdak langsung. Sebab itu, ini suatu KEZALIMAN" pengakuan Tun Mahadhir kezaliman yang dibuat atas DSAI 1998.

Kini Tun Mahadhir mengeluarkan buku ‘A doctor in the house’ yang menceritakan pengalamannya menjadi Perdana Menteri. Beliau juga mengakui sepanjang 22 tahun mentadbir Malaysia beliau buat banyak silap, tetapi menegaskan keputusan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan satu kesilapan sama sekali.

http://www.youtube.com/watch?v=COm3D6FDmwY

Apakah Tun sebenarnya sudah nyanyuk?

Dulu beliau pernah mengaku yang Dato' Sri Anwar langsung tidak bersalah. Tapi kenapa hari ini lain pula ceritanya. Dulu beliau bersungguh-sungguh memberitahu bahawa apa yang terjadi pada Dato' Sri Anwar adalah kerana KEZALIMANNYA.

Apakah Tun Mahadhir mudah lupa?

Dan releven lagikah kita mempercayai apa yang diucapkan Tun itu. Tun sendiri pernah mengaku melakukan penyalahgunaan kuasa dan pernah melakukan kezaliman ke atas Dato' Sri Anwar. Tetapi hari ini sekali lagi beliau menghentam Dato' Sri Anwar.

Bolehkah Tun Mahadhir di percayai?

No comments:

Post a Comment