Thursday, March 17, 2011

Kenapa Pengarah JKR Kelantan tidak boleh bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Kelantan?



Saya diantara pengguna Jambatan Tok Sadang yang merasakan jambatan itu sepatutnya diperbaharui demi kebaikan dan kebajikan rakyat. Dan dari maklumat yang saya dapat, jambatan itu telah pun diluluskan oleh kerajaan negeri dan peruntukan untuk kontraktor juga telah pun diluluskan oleh kerajaan negeri.

Tapi kenapa masih tiada pembinaan jambatan itu?

Pihak kerajaan negeri memberitahu bahawa Pengarah JKR Kelantan hari ini tidak dapat memberikan kerjasama untuk membina jambatan yang baru di kampung tok sadang. Tapi kenapa perkara ini berlaku?

Adakah Pengarah JKR Kelantan tidak dapat berkerjasama dengan kerajaan negeri Kelantan? Atau pun Pengarah JKR Kelantan tidak suka Kelantan membangun. Kerajaan negeri sudah bersedia untuk berkerjasama, peruntukan juga akan disediakan oleh Kerajaan Negeri, JKR hanya perlu meluluskan projek itu, tetapi kenapa samapi ek hari ini JKR masih tidak berbuat demikian. Saya juga berharap agar Pengarah JKR itu tidak menjadi penghalang kepada kemajuan Negeri Kelanntan.

Jangan sampai ada kematian kerana ketidakstabilan jambatan itu baru pihak JKR terhegeh-hegeh untuk meluluskan Jambatan yang baru.

Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan oleh pihak JKR. Bagi pihak Kerajaan Negeri, mereka bersedia untuk berkerjasama demi kebaikan dan kebajikan rakyat. Dan jangan menuduh kerajaan negeri Kelantan tiada pembangunan jika JKR masih tidak dapat berkerjasama dengan kerajaan negeri Kelantan.

Kerjasama pihak JKR amatlah kami hargai. Semoga rengetan penduduk ini didengari dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang prihatin kepada masalah rakyat.

2 comments:

  1. JALAN BERTINGKAT PASIR MAS

    1. Saya nak ucapkan tahniah diatas keperihatinan pihak yang terlibat dalam melaksanakan projek tersebut kerana berjaya menyiapkan projek dalam situasi yang sangat diperlukan iaitu sempena dengan musim perayaan yang dikaitkan peningkatan berganda trafik yang akhirnya menyumbang kepada kesesakan luar biasa.

    2. Saya selaku anak perantau yang kerapkali berulang dari PMas mengucapkan syabas kerana dari pemerhatian saya, kerja kerja penyiapan akhir dilaksanakan sehingga ke malam hari dalam bulan ramadhan yang lepas. Kerja dimulakan selepas sembahyang terawih menggambarkan cara kerja islam yang tidak meninggalkan kelebihan yang dijanjikan oleh Allah kepada umatnya sepanjang bulan yang penuh rahmat terebut.

    3. Pemerhatian saya juga mendapati keberkesanan kepada penyuraian trafik sangat berkesan dalam membendung kesesakan lalulintas di hari raya dengan pembukaan flyover tersebut.

    4. Aspek kepatuhan kepada arahan teknik jalan dan kualiti projek tersebut perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh kontraktor pelaksana dan jabatan kerajaan yang mengawasinya.

    ReplyDelete
  2. http://www.facebook.com/photo.php?fbid=268010646603609&set=a.151821774889164.38626.148340505237291&type=1&ref=notif&notif_t=photo_comment_tagged&theater

    ReplyDelete