Sunday, March 20, 2011
Cinta sana,cinta sini aku, gila geli.
Bercakap tentang cinta,gunang ganang pun bisa jadi rata. Kalau berjanji atas nama cinta, lautan api akan sanggup direnangai. Tapi bila berkisah realiti cinta, geli hati tidak terkata.
Hari ini, perkataan cinta bukan lagi perkataan yang asing. Sana sini bercakap tentang cinta. Daripada adik pelajar pasti sehingga ke pelajar tadika, daripada pelajar engineering sehinggalah ke pelajar syariah islam, daripada lelaki bujang hinggalah ke laki orang, daripada bujang terlajak hinggalah duda beranak lapan, kisah cinta bukan lagi asing seperti dulu.
Dulu perkataan CINTA seperti menjual ganja. Di dalam diam perkataan cinta bernafas. Sembunyi kerana malu masih menebal untuk berbicara tentang cinta.
Kini~
Status hubungan di facebook adalah perkara yang wajib untuk diisi. Tak perlu lagi nak merisik atau menyiasat. Semua sudah tertera distatus facebook masing-masing. Kisah cinta bersepah disana sini. Bukan benci pada perkataan cinta, bahkan kita diwajibkan bercinta dengan mendalam pada si Pencipta kita.
Namun kisah cinta hari ini terlalu mengelikan hati. Cinta sebelum kahwin terlalu indah, sehingga racun pun sanggup ditelani bukti kepada cinta. Ada juga yang asalnya Islam mati tidak lagi beragama Islam hanya kerana cinta sesama manusia yang palsu itu. Kecewa dengan cinta, dunia ini tidak lagi bermakna, sehingga sanggup mengantung diri sehingga mati, sehingga sanggup terjun bangunan sehingga berkecai nyawa dan badan, semua kerana cinta.
Argh, indah lagi cinta kini?
Cinta, cuople, sudah perpunya, bergewe dan macam-macam lagi istilah cinta. Semuanya merujuk kepada hubungan antara lelaki dan wanita. Namun yang peliknya, ianya juga digunakan bagi lelaki dan wanita yang masih lagi tidak diijab kabul.
Haramkah bercinta, berpunya, bercouple atau bergewe ini ?
Menurut Sheikh Atiyyah Saqr iaitu bekas Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Mesir di dalam kitabnya Seen wal Jeem lil mar’atil muslimah ada ditanyakan soalan seumpama ini. Beliau menjawab bahawa bercinta itu tidak salah. Yang menjadi kesalahan adalah perlakuan kesan daripada bercinta itu. Ini kerana cinta itu mempunai satu ‘kuasa’ yang tersendiri. Jika tidak dikawal, maka ia boleh membawa mudharat yg besar. Namun, jika ia dikawal oleh batasan syara’, maka tidak mengapa untuk bercinta. Kerana Allah telah menganugerahkan hambanya perasaan cinta. Fitrah cinta tidak mampu untuk kita membunuhnya, cukuplah dengan mengawal perasaan cinta itu.
Hari ini, boleh dikatakan semua manusia yang sudah akil baligh mempunyai pasangan masing-masing, baik yang dah kahwin mahu pun yang bercinta sebelum kahwin. Namun ada moleknya bercinta selepas kita ucap "aku terima nikahnya"
Namun jika kita mencari pasangan demi ingin memastikan dan memilih pasangan kita adalah daripada kalangan wanita yang soleha untuk dijadikan calon isteri, maka,tetaplah dengan matlamat suci itu. Namun, ingin mencari calon isteri tidak semestinya dengan cara bercinta, berkawan juga boleh dijadikan cara untuk mencari calon isteri. Dan lagi selamat berkawan kerana bila bercinta sesama manusia, akan hadir makhlut alam ghaib yang datang menghasut untuk membuat maksiat, dari maksiat kecil yang bermula dengan perkataan, sehinggalah terjadinya maksiat besar dan akhirnya matlamat untuk mencari wanita soleha berkubur kerana si pencari sendiri yang menguburkan wanita soleha yang dicarinya.
Jika kita bercinta, cintailah pasangan itu kerana ALLAH swt, dan jika kita cinta pasangan kita itu, bawalah bersamanya sehingga ke pintu syurga. Berusahalah bersama-sama untuk disyurga bukan bersama syaitan yang dijadikan teman di dalam neraka.
Doa Nabi Daud as Memohon Cinta Allah.
Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Di antara doa Nabi Daud ’alihis-salaam ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” Dan bila Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam mengingat Nabi Daud ’alihis-salaam beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” (HR Tirmidzi 3412)
Dari Nabi shollallahu ’alaih wa sallam beliau bersabda: “Bila Allah mencintai seorang hamba, maka Allah berseru kepada Jibril: “Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka cintailah dia.” Jibrilpun mencintainya. Kemudian Jibril berseru kepada penghuni langit: ”Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka kalian cintailah dia.” Penghuni langitpun mencintainya. Kemudian ditanamkanlah cinta penghuni bumi kepadanya.” (HR Bukhary 5580)
Sesungguhnya Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersada: “Ruh-ruh manusia diciptakan laksana prajurit berbaris, maka mana yang saling kenal di antara satu sama lain akan bersatu. Dan mana yang saling mengingkari di antara satu sama lain akan berpisah.” (HR muslim 4773)
Cintailah sesama kita, kerana cinta tidak pernah bermata. Semoga cinta tetap abadi. Cintalah dengan bijaksana. Dan sesunnguhnya "Orang-orang yang beriman itu sangat kuat kecintaannya kepada Allah. (al- Baqarah: 165)"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
like dis post..=)
ReplyDeletesekarang mmg sudah terasa geli itu.. astagfirullah~
moga Allah ampunkan dosa lalu..
mohon share di blog ana ya..syukran..=)
ReplyDeleteboleh je~ semoga mndapat manfaat untuk kita semua
ReplyDelete~