Wednesday, March 23, 2011

Kepada manusia yang memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Pemfitnah,
Dari 1998 hingga sekarang,
Kerja busukmu memfitnah tidak pernah terhenti,
Daripada kes penyalahgunaan kuasa,
bertukar menjadi kes liwat,
bertukar menjadi agen yahudi,
kini bertukar pula menjadi pelaku seks.

Pemfitnah,
Kes 1998 sudah pun menjadi bahan jenaka rakyat,
kini ada pula kisah sodomi episod 2,
Ingat rakyat ini bodoh ke?
Kini bila kes sodomi 2 tidak menjadi,
Ada pula video seks jantan perut buncit,
Ingat rakyat ini bodoh ke?

Ingat rakyat ini tak kenal ke apa itu perut buncit,
Ingat mudah ke nak bertukar daripada perut langsing bertukar menjadi perut buncit,
Kalau tak percaya, tanyalah big mama,
Big Mama~
Nak bertukar menjadi langsing ni mudah ke?

Wahai si Pemfitnah,
Tahu tak apa dosa menabur fitnah?
Jika kamu rasa dosa membunuh saudaramu itu sudah besar,
Jika kamu rasa dosa mencuri itu sudah besar,
Ketahuilah olehmu wahai penyebar fitnah,
Dosanya lebih besar daripada membunuh,
Dosanya sama seperti berzina 30 kali,
Dan tempatmu wahai si pemfitnah jika tidak bertaubat,
Bagmu hanya azab jahanam dan neraka yang membakar yang layak untukmu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Derita yangmu alami sungguh panjang,
Episod memfitnahmu tidak pernah terhenti,
Daripada kawan bertukar lawan,
Tapi,
Kami rakyat akan terus bersamamu,
Kita lawan tetap lawan.

Pemfitnah Dato T,
Kenapa filemmu sungguh bodoh?
Kenapa pelakonmu berperut buncit?
Kenapa videomu berwarna hitam putih?
Kenapa vidoemu tidak boleh diserahkan kepada polis?
Dan kenapa namamu hanya dato' T,
Siapakah kamu?
Dato' Tenokkah kamu?
Dato' Tenggirikah kamu?
atau Dato' tengkorotmung kah kamu?
Kami rakyat ingin benar mengenalimu wahai si pengarah filem porno Malaysia,

Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jika mereka ada filem biru,
Kita Pakatan Rakyat ada buku jingga.
Jika meraka rasa filem biru kekuatan mereka untuk pilihanraya,
Nah nanti sahaja buku jingga.

Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Filem biru hari ini satu petanda,
Petanda pilihanraya bakali tiba,
Kita rakyat akan terus bersama,
Bersama kita kuburkan barisan Nasional.
Kita menuju ke Putrajaya,
Kita kuburkan politik mereka,

Kita biarkan mereka terus mencipta cerita,
Mencipta cerita dalam gela gulita,
Kita pula hanya ketawa ria bila ceritanya tiba,
Kita pula berusaha mencipta kejayaan kita,
Biarkan mereka dengan labu-labunya,
Kita pula yang menganti tempat mereka.
Putrajaya adalah tempat kita.

1 comment: