Wednesday, March 23, 2011

Siapakah lelaki buncit itu?



Dato' Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa perutnya tidak buncit. Dan beliau merasa kesal dengan pengarah filem itu kerana tidak pandai memilih pelakon sehingga tidak dapat bezakan antara perut buncit atau tidak.

Oleh kerana watak yang kononnya dimainkan Dato' Seri Anwar Ibrahim itu tidak menjadi. Maka rakyat merasa marah. Marah kerana ditipu pengarah filem itu yang kononnya Dato' Seri Anwar Ibrahim yang berlakon dalam filemnya itu.

Filem yang kos murah sehingga tidak mampu untuk membeli video yang mampu mengeluarkan warna itu telah menimbulakn kemarahan penonton. Mujurlah filem itu hanya dimainkan pada wartawan. Jika ia dipertontonkan di mahkamah, sudah tentu pelakon itu mendapat malu yang besar.

Siapa sebanarnya pelakon itu?

Yang sebanarnya, "Saya dalam video itu" kata Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T . Tetapi beliau tidak memberi komen mengenai adakah beliau buncit atau tidak. Beliau ditemankan bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik

Siapa pula Tan Sri Rahim Thamby Chik?

Adakah Tan Sri Rahim Thamby Chik ini buncit juga?
Ada orang kata Tan Sri Rahim Thamby Chik ini pernah terlibat dalam skandal seks dengan gadis bawah umur pada pertengahan 1990 an. Tapi yang dipenjara bukannya Tan Sri Rahim Thamby Chik, tetapi Lim Guan Eng yang ke penjara. Pelik~

Apa-apa pun kita harus lega, yang perut buncit itu bukan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Maka jelas, video porno itu fitnah. Kita tunggu apa tindakan kerajaan, apa komen zol nordin dan brehim ali.

No comments:

Post a Comment