Friday, March 25, 2011

Jangan salahkan bomba wanita itu jatuh daripada bangunan Kb Mall.



Kali pertama dalam hidup aku melihat kejadian bunuh diri. Kejadian ini berlaku di KB Mall lewat petang semalam.

Masa tu aku dihubungi kawan yang kebetulan bekerja di KB Mall. Katanya ada seorang wanita cuba untuk membunuh diri. Aku yang tidak banyak bertanya terus bergegas ke tempat kejadian. Kebetulan tempat aku dan KB Mall tidak jauh.

Dalam 3 minit aku sampai KB Mall. Di belakang aku terdengar siren bomba. Hampir 10 minit juga bomba terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Tibanya aku disana, aku lihat seorang wanita cuba membunuh diri dengan berdiri di atas bangunan tingkat 3 di KB Mall. Seorang bomba cuba untuk memujuknya. Seorang saksi yang meilhat kejadian itu dari awal memberitahu sebelum bomba datang, wanita yang cuba untuk membunuh diri itu mengugut untuk mencederakan lehernya jika pihak bomba datang menghampirinya.

Namun pisau yang dipegang wanita itu jatuh. Pihak bomba terus memeluk wanita itu. Para penontan menepuk tangan. Semakin ramai yang mendekati bangunan itu dan menyebabkan kesukanran pihak berkuasa untuk menjalankan tugas.

Akhirnya lebih kurang 15 minit bomba yang tadi di belakang aku tiba. Bomba sampai lambat kerana kesesakan lalu lintas dan ketidak sediaan masyarakat unutk memberi laluan kepada bomba.

Wanita yang dipeluk bomba tadi meronta-ronta untuk melepaskan diri. Wanita itu nekad untuk terjun dari tingkat 3 itu. Akhirnya wanita tadi terlepas dari pelukan bomba dan bomba hanya sempat memegang tangan wanita tadi. Setalah 3 minit pihak bomba memegang tangan wanita tadi, akhirnya kehendak wanita tadi untuk membunuh diri tercapai. Wanita itu akhirnya jatuh juga daripada tingkat 3.

Namun, syukurlah kepada ALLAH swt di bawah bangunan itu sudah tersedia 5 tilam. Namun tilam itu tidak memadai untuk menampung wanita itu. Wanita itu cedera dibhagian mulut, kemungkinan gigi atau hidungnya patah. Wanita itu dikejarkan ke hospital.

Terdengar bunyi-bunyi ketidakpuasan hati masyarakat kerana tidak sempat menyelamatkan wanita itu. Meraka mengatakan kelambatan bomba yang menyebabkan wanita itu jatuh juga. Senang sungguh masyarakat kita menyalahkan pihak bomba. Tanpa meraka bertanya, kenapa bomba lambat. Masyarakat hari ini masih tidak sensitif, walaupun bunyi siren bomba bergema, masyarakat kita tidak juga memberi laluan. Akhirnya bomba lambat tiba ke tempat kejadian.

Dan kita masyarakat juga harus sedar, harus bermuhasabah diri, jangan asyik mengatakan perempuan itu bodoh sehingga sanggup membunuh diri. Pernah kita terfikir kenapa wanita itu sanggup bertindak nekad sedemikian. Walaub apa pun alasannya, jangan salahkan wanita itu seorang. Ini kerana masyarakat kita masih lagi bersifat salah menyalahi tanpa mencari jalan penyelesaian. Bayangkan jika perempuan itu adalah saudara kita. Janganlah cepat kita menghukumnya. Memanglah membunuh diri adalah perkara yang bodoh, namun kita kena bersyukur kerana wanita itu tidak meninggal dunia. Kita doakan semoga wanita itu bertaubat dan semoga tubatnya diterima ALLAH swt. Dan janganlah ada lagi kejadian seperti itu. Nauzubillah.

Masyarakat kita sebenarnya yang telah lama mati. Mati sifat kemanusiaan sebenar.Kita masyarakat jaganlah membunuh jati diri kita sebagai manusia. Kekalkan sifat manusia yang diangurehkan ALLAH swt ini.

3 comments:

  1. kekusutan jiwa buat dye bertindak melulu.dengar cerita, budak ni dah meninggal kat hospital ek?

    ReplyDelete
  2. steady mingggggggggggg..hehehehe follow sep kito...follow blog kawe etek ming...

    http://amazinggila.blogspot.com/2011/03/gadis-cuba-bunuh-diri-terjun-dari-kb.html

    ReplyDelete
  3. Masyarakat kita sebenarnya yang telah lama mati. Mati sifat kemanusiaan sebenar.Kita masyarakat jaganlah membunuh jati diri kita sebagai manusia. Kekalkan sifat manusia yang diangurehkan ALLAH swt ini- ambo pun pikir gitu jugak

    ReplyDelete