Monday, March 28, 2011

Che Mohd Saupi Isa Raja Lawak Kelatey.



Bagi warga anak Kelantan mesti kenal dengan Saupi atau nama sebenarnya Che Md Saupi Isa. Beliau merupakan tok Dalang wayang kulit yang paling kelakar di zaman ini. Jika dulunya, arwah Dollah Baju Merah sangat diminati bagi pengemar wayang kulit di Kelantan.

Kini, patah tumbuh hilang berganti.

Che Mohd Saupi yang berusia 51 tahun. Mula menjadi dalang bagi persembahan wayang kulit sejak berusia 17 tahun lagi . Beliau banyak menimba bimbingan daripada dalang wayang kulit terkenal, Dollah Baju Merah. Kini beliau menjadi tenaga pengajar muzik tradisional paluan pergendangan, dikir barat dan wayang kulit di Sekolah Menengah Hamzah, Machang Kelantan. Beliau adalah penerima Anugerah Seni Terengganu pada 2005.

Suara yang dimainkannya berjaya memikat hati tidak kira golongan, dari golongan kanak-kanak, remaja sehinggalah golongan dewasa. Bahkan golongan veteran juga meminati gaya Saupi bermain suara dengan wayang kulit.

Latar belakang wayang kulit.

Dahulunya wayang kulit di Kelantan pernah diharamkan kerana mengandungi unsur-unsur kitab hindu seperti Mahabrata dan Ramayana. Namun kerajaan Kelantan di bawah Parti Pas mengubah sedikit perubahan tersebut meliputi upacara penyediaan kulit, pengukiran watak, upacara naik panggung, penggunaan kelir, pohon beringin dan sebagainya. Dan Suapi juga diantara tok dalang yang menidakkan cerita unsur-unsur kitab hindu dan digantikan dengan wayang kulit moden. Bahkan kini, watak-watak wayang kulit juga dianimasikan sejajar dengan zaman yang semakin moden. Namun, warisan wayng kulit di Kelantan tidak terkubur dan ramai anak-anak muda hari ini mengenali wayang kulit dan meminatinya walaupun wayang kulit hari ini pernah diharamkan dan digantikan dengan wayang kulit yang baru tanpa unsur-unsur hindu.

Semoga wayang kulit Kelantan terus bernafas dan diharap saranan Ku Seman Ku Husein supaya wayang kulit bukan semata-mata sebagai hiburan bahkan digunakan sebagai medium untuk berdakwah atau menyebarkan ilmu seperti mana wayang kulit pada suatu masa dahulu pernah digunakan sebagai alat penyebaran agama islam di Jawa.

No comments:

Post a Comment