Tuesday, March 29, 2011

Bila Jais nak tangkap dato' T?



Pengakuan "Datuk T" dalam penyebaran video lucah sungguh mengejutkan. Bukan terkejut kerana "Datuk T" yang dianggotai Datuk Shazryl Eskay Abdullah; bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim, tetapi terkejut kerana sehingga ke hari ini masih tiada tangkapan dan dakwaan terhadap mereka bertiga.

Di sekolah dulu, jika memiliki video lucah, tidak kiralah siapa pelakonnya, tidak kiralah video berwarna atau tidak, tidak kira menonton atau memberi tonton, hukuman berat mesti dilaksanakan. Tapi kenapa Jais atau Polis masih tidak mendakwa dato T. Apa hanya cikgu disiplin dan pengawah je ke yg mampu menangkap orang yg memiliki video lucah ni?

Masih ingatkah penangkapan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin oleh Jais?

Dr. Mohd Asri Zainal Abidin pernah ditangkap Jais kerana menyampaikan kuliah tanpa memiliki tauliah. Penangkapan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin ialah sesudah beliau mmeberi ceramah di Taman Sri Ukay oleh pihak polis dan pegawai JAIS pada jam 12.15 tengah malam.

Penayangan video lucah berjalan dengan lancar.

Penayangan video lucah yang yang didalanagi Bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik dan sahabatnya telah berlalu tanpa tangkapan atau dakwaan oleh pihak polis atau Jais. Meraka bertiga yang mengelarkan diri sebagai Datuk T telah membuat tempahan di Carcosa Seri Negara dan menagajak beberapa wartawan untuk menonton video lucah. Dan hotel itu ditempah atas nama Risda di mana Rahim Thamby Chik adalah pengerusinya.

Kalau diperingkat sekolah ini, Rahim Thamby Chik diibarat seorang pengawas dan menggunakan bilik disipilin untuk mempertontonkan video itu kepada pengawas yang lain. Pengawas itu juga diibarat bukan mempertontonkan secara haram, tetapi memberitahu kepada umum bahawa di bilik disipilin terdapat tayangan video lucah. Dan guru disipilin mengetahuinya. Jika sekolah itu mengamalkan penguatkuasaan disipilin yang tinggi, pengawas itu akan diberhentikan daripada jawatan pengawas dan akan dihukum dengan hukuman yang setimpal dengannya. Tetapi, jika sekolah itu tidak mengamalkan tahap penguatkuasaan disiplin yang tinggi, maka dengan bodohtahap dewa, cikgu itu tidak akan mendakwa pengawas itu dan mmepertahankan pengawas. Rasa-rasanya dalam kes video lucah ini, Malaysia mengamalkan tahap penguatkusaan yang baik atau tidak?

Berbalik kepada penagkapan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin kerana tidak memiliki tauliah. Walaupun kita sedia maklum bahawa Dr. Mohd Asri Zainal Abidin memiliki memiliki ijazah dalam bidang agama bahkan mempunyai phD dalam bidang agama. Namun, perkara itu telah lama berlaku. Cuma persoalannya ialah, jika Dr. Mohd Asri Zainal Abidin perlu tauliah untuk menyampaikan kuliah agama, bagaimana dengan penayangan video lucah oleh dato T. Adakah mereka mempunyai tauliah untuk menayangkan video lucah itu. Jika tiada, diharap pihak Jais dapat menangkap dato' T kerana bimbang jikaulau anak-anak kecil bertanya " adakah di negara Malaysia ini tanyangan video lucah tidak salah ke?"

Diharap pihak Jais tidak memperseda tugas dan amanah. Laksanakan tugas dengan jujur, dan pihak plis diharap dapat menggunakan Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Jangan sampai di negara ini dikenali kerana perkara lucah. Kami rakyat sudah jemu dan jijik dengan perkara lucah.

No comments:

Post a Comment