Tuesday, April 5, 2011

Berita Gembira buat warga KB dan lelaki bernama KUKUBESI




Kukubesi akan berada di Kota Bharu Kelantan. Puas aku pujuk dia, suruh dia mai Kelantan. Agak degil juga si abam macho ni. Aku pujuk gak, dia cakap tengok dulu. Walaupun dia yang sememangnya dah lama nak jumpa geng Kelantan, tapi sampai skang dia masih tak dapat berdiri di atas tanah bernama Kota Bharu Kelantan.Tup-tup malam tu dia tagged gambar kat FB tiket firefly penerbangan ke KB.

kah kah kah kah kah
kah kah kah kah kah,
Mungkin sireh sudah terlalu rindu dendam dengan gagang.


Suka gila aku.
Bro KB ke KB.
Perghhhhh, ini satu sejarah.

Siapa Kukubesi?

hahahahahahahahahahahaha
kah kah kah kah
wakawakawakawaka


Kelakar gila jika seorang fotografi tidak mengenali beliau. Diibarat seperti peminat badminton tapi tidak mengenali Datuk Lee Chong Wei.

kah kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah


Kehebatan beliau dibuktikan dengan penglibatan dalam proses pembikinan poster Hikayat Merong Mahawangsa. Bukan setakat itu sahaja, beliau juga terlibat dalam menyiapkan poster filem arahan mamat khalid Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit dan baru selesai menyiapkan poster filem arahan Syamsul Yusof keluaran Skop Productions iaitu KL GANGSTER.

Tak gempak lagi ke?

Kukubesi juga pernah terlibat dalam menghasilkan gambar-gambar prewedding Angkasawan Negara kita iaitu Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor. Beliau yang digabungkan dengan SAIFUL NANG telah menghasilkan gambar yang telah menaikkan nama Malaysia ke peringkat dunia.

Dan rakyat Kota Bharu dilanda TSUNAKUKUBESI. Warna merah yang menjadi warna rasmi rakyat kelantan berkilau lagi. Kali ni bukan kerana bola sepak, bukan kerana gelombang merah pimpinan Datuk Seri Mustapa Muhamad, tetapi, gelombang kali ini menyambut ketibaan seorang otai untuk berjalan di atas tanah bumi Kelantan. Walaupun saat itu buleh juga dikatakan masih lambat, tetapi rakyat MERAH Kelantan begitu bersemangat untuk bersama Kukubesi di KB.


Maka amatlah rugi jika anda tidak merebut peluang ini. KB akan buat kelas melihat pada 15 April ini. Dah ramai menelefon gua, ada yang nak bank in esok. Gua tak dapat jamin tempat akan ada kekosongan, pasal setiap sejam telefon gua akan sampai mesej atau berdering bertanyakan kekosongan. Sila rebut sebelum terlambat.

Jangan tunggu lama-lama,
Nanti lama-lama,
Dia dikebas orang
.

Pada 16 April, KB akan bersama anda di Ridel Hotel. Bukan di dalam hotel, tapi di perkarangan hotel. Sila datang beramai-ramai dan diharap dapat berpakaian merah. Kukubesi sendiri begitu menghormati warna kegemaran Kelantan walaupun kita tahu warna kegemaran Kukubesi adalah hitam.

Kemah keming bro.

No comments:

Post a Comment