Saturday, April 30, 2011

Datuk Eskay and the geng kena Sound!!!



Mungkin mereka bertiga merasakan begitu hebat dan begitu penting kepada negara. Sehingga mereka sanggup datang lagi ke Masjid Amru Al-As di Sentul pada waktu asar untuk bersumpah setelah sumpah laknatnya yang sepatutnya berlangsung selepas jumaat tidak berjaya. Mereka datang dengan baju peluru kerana takut di tembak atau mungkin ingin menutup perut buncitnya itu.

Mungkin meraka bertiga merasa sungguh cerdik dan merasa dengan bersumpah laknat itu adalah perkara terbaik dalam hidupnya.Namun perkara itu telah dinafikan oleh Bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz yang datang ke depan dan memberi sedikit nasihat kepada mereka bertiga. Bekas Imam itu juga telah menegur Datuk Shazryl Eskay yang memegang al-quran secara terbalik.

Menurut Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz, Sumpah untuk nak buktikan tuduhan zina cuma boleh dilakukan terhadap isteri sahaja. Itu dipanggil sebagai sumpah Li’an. Itu dinyatakan dalam Al Quran Surah An Nur ayat ke 6 hingga ke 10, ” sambil menunjukkan al-quran yang dipegang oleh Datuk Shazryl Eskay.

Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz juga memberitahu bahawa mereka bertiga sekiranya ingin menuduh seseorang itu berzina, maka mereka haruslah mendatangkan 4 orang saksi yang memenuhi syarat yang ditetapkan, maka mereka itu dianggap pendusta di sisi ALLAH swt. Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz juga memberi pilihan kepada mereka bukan kerana kepentinganj politik tetapi sebagai sesama muslim, dan menambah dalam nasihatnya bahawa sumpah laknat yang mereka ingin lakukan adalah tidak mengikut syariat islam. Dan perkara ini akan tertanggung sehinggalah hari pembalasan tambah Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz lagi.

Namun selepas dinasihat oleh Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz, Datuk Shazryl Eskay tetap juga bersumpah dimana beliau bersumpah bahawa beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah lelaki yang berada di dalam video itu.

Datuk Shazryl Eskay telah pun mengaku beliau orang yang berada di dalam video itu, dan apakah tindakan polis selepas pengakuan ini dan apakah tindakan para mufti yang berperanan dalam hal ehwan agama dimana Bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara telah memberitahu tentang ayat ke-6 dari surah an nur yang menyatakan sumpah laknat rakan trio ini adalah tidak sah.

No comments:

Post a Comment