Monday, May 2, 2011

Setelah 16 kali terbunuh, akhirnya Amerika mengistiharkan Osama Bin Laden Meninggal Dunia.



WASHINGTON 2 Mei – Pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden maut dalam satu pertempuran dengan tentera Amerika Syarikat (AS) di Pakistan dan jenazahnya kini dilapor berada dalam simpanan AS, umum Presiden Barack Obama hari ini.

Obama dalam satu pengumuman rasmi berhubung perkara itu di White House hari ini berkata, Osama terbunuh dalam satu operasi diketuai AS di Islamabad. – Reuters

sumber: utusan malaysia

Rasanya ini bukan kali pertama Osama bin Laden meninggal dunia. Hari ini Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah mengesahkan bahawa Pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden telah meinggal dunia dalam satu pertempuran dengan tentera Amerika Syarikat (AS) di Pakistan.

Ada yang tidak percaya dan ada yang mengatakan bahawa Osama bin Laden perlu bersumpah bahawa beliau telah pun meninggal dunia. Dan mungkin juga Barack Obama perlu bersumpah laknat barulah orang akan mempercayai akan berita itu.

Bagi aku, jika benar Osama bin Laden telah meninggal dunia, takziah kepada keluarganya dan aku berharap segala fitnah yang menyatakan Osama bin Laden itu sebenarnya adalah satu ciptaan konspirasi Amerika dan sebenarnya beliau telah lama meninggalkan dunia itu adalah tidak benar dan aku berharap agar Osama bin Laden sememangnya seorang pejuang Islam.

Namun apa yang pasti, walaupun jika Osama bin laden bukanlah pejuang Islam yang sebenar, ramai lagi pejuang islam hari ini yang benar-benar berjuang demi ALLAH dan berpandukan Al Quran ul Karim,para pejuang shahid kini tumbuh bagai cendawan tumbuh selapas hujan. Andai mati seorang pejuang Islam, maka digantikan beratus lagi pejuang Islam. Andai mati seorang pejuang Islam, tidak akan mati perjuangan Islam. Islam akan terus mara dan terus ke depan. Ini kerana, kami berjuang bukan demi individu, tetapi kami berjuang demi jalan ALLAH swt.

No comments:

Post a Comment