Thursday, April 28, 2011

Nak dengar komen ustaz Umno komen pasal hudud.



Aku meminta jutaan kemaafan kepada yang rasa aku sudah mnelampau kerana memberi komen tentang hudud. Aku juga sedar aku ini tiada tauliah untuk memberi komen tentang hudud. Mujurlah Jabatan Agama tidak tangkap aku kerana memberi komen tentan hudud tanpa tauliah. Dan jutaan terima kasih kepada seorang rakan facebook yang mengemukan 2 nama yang layak untuk memberi pandangan tentang hudud di Malaysia.

Dua nama yang diberitahu ialah Ustaz Mohd. Nor Deris yang sebelum ini yang tidak mahu berjabat tangan dengan tok guru nik aziz yang dianggap tangan syaitan dan mendakwa dirinya sebagai kasyaf.

Seorang lagi bernama Tok Guru Hj Lah. Ustaz ini sungguh rajin mengkritik kepimpinan Tok Guru Nik Abd Aziz. Dan rasanya sungguh molek juga dua orang ini memberi komen tentang hudud kerana mereka berdua dianggap ulamak Umno tetapi rasanya tidak pernah memberi komen tentang hukum-hukum ALLAH swt.

Dan aku juga berharap 2 Ulamak ini dapat memberi pendirian tentang hukum hudud dan adakah ulamak umno berjuang untuk mewujudkan hukum hudud di Malaysia ini.

No comments:

Post a Comment