Video Dato' Seri Anwar Ibrahim telah tersebar dan namanya dalam politik kain tercalar. Namun, ketahuilah oleh kita, bahawa video yang tersebar itu jika hendak dihukum dalam hukum ALLAH swt iaitu dalam hukum hudud, maka Dato' Seri Anwar Ibrahim dan penuduh atau penegdar vcd itu yang harus dihukum kerana tidak mengemukakan bukti dan saksi yang betul dan harus didakwa kerana dengan sengaja menyebar dan menyiarkan video lucah.
Didalam hukum hudud, jika sesoarang ingin menuduh seseoarang itu berzina, maka hendaklah mengemukakan 4 orang saksi dan bukti-bukti yang jelas. Dan 4 orang saksi itu mesti menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri akan perlakuan zina itu seperti melihat keris dimasukkan ke sarungnya. Tetapi kalau setakat melihat pasangan berada di dalam satu selimut atau bercium atau berpeluk-pelukan atau bersunyian dalam gelap, kesaksiannya ditolak. Dan ianya dilihat secara lansung dan bukannya melalui video tidak kira keluaran malaysia atau pun keluaran Thailand.
Dalam kes Dato' Seri Anwar Ibrahim, mereka tidak mengemukan saksi tetapi mengemukan bukti. Namun, di dalam islam, jika terdapat tuduhan zina atau peliwat, harus ada 4 oarng saksi dengan pensyaratan yang betul seperti didalam ayat al-quran yang menyatakan jika penuduh tidak membawa 4 oarang saksi maka mereka itu dianaggap pendusta.
Firman Allah lagi [an-Nur:13] yang bermaksud: “Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Jika mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.
Maka dengan itu, adakah video yang diperhangat di dalam Youtube hari ini adalah bukti yang kukuh untuk menyatakan Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah penzina. Bukan kerana Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah ketua pembangkang, bukan kerana bencinya pada UMNO, tapi aku tetap tidak berani untuk menyatakan bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah peliwat kerana sampai ke hari ini pengedar vcd lucah itu tidak dapat mengemukan saksi-saksi yang dituntut didalam islam.
ALLAH swt itu maha mengetahui dan kerana itulah didalam hukum ALLAH swt, jika hendak menuduh seseorang itu berzina hendaklah dengan melihat secara langsung dan bukannya melalui youtube. ALLAH swt maha mengetahui hambanya diakhir zaman ini akan meggunakan fitnah untuk kepentingan tertentu dan sanggup untuk memggunakan perlbagai cara demi mencapai matlamat. Penggunaan video lucah mereka si pengedar video lucah beranggapan bahawa dengan penyebaran video ini maka politik Dato' Seri Anwar Ibrahim akan berkubur tanpa mereka sedar, di dalam islam kerja mereka ini akan dikenakan Qazaf.
Dan kepada sesiapa yang masih ingin mempercayai video ini, anda boleh percayainya, namun jika anda ingin menuduhnya maka datangkanlah 4 orang saksi dengan syarat-syarat yang islam tetapkan. Itu aku bercakap tentang video itu didalam konteks hudud, di dalam konteks hukum Islam.
No comments:
Post a Comment