Thursday, April 28, 2011

Untuk apa pertahankan YB Dato' Seri Anwar Ibrahim?



Tak habis-habis kes YB Dato' Seri Anwar Ibrahim ini. Lepas satu kes, satu kes lain lagi. Bermula dengan peristiwa 1998, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim telah dihujani perlbagai kes salah laku. Dari salah laku kuasa, sehinggalah salah laku seks. Dan ramai anak muda yang bangun menentang arus kerajaan sehingga 4 buah negeri di Malaysia diperintah oleh parti pembangkang dek kerana marahnya rakyat kepada kerajaan.

Hari ini, kes YB Dato' Seri Anwar Ibrahim masih tidak berhenti, bahkan semakin laju dan semakin rumit. Ramai anak muda yang kian berbalik pegangan kali ini bila video seks salah laku YB Dato' Seri Anwar Ibrahim disiarkan. Ini kerana wajah yang ada pada video itu hampir 90% menyerupai dengan wajah YB Dato' Seri Anwar Ibrahim. Namun bloggers sentiasa mencari bukti-bukti untuk menafikan wajah di dalam video itu adalah YB Dato' Seri Anwar Ibrahim. Taniah kepada bloggers Milo O suam yang diantara penyokong dan pencari bukti yang kuat untuk mempertahankan YB Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Untuk apa kita pertahankan YB Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Aku pernah ditanya apakah aku yakin dengan YB Dato' Seri Anwar Ibrahim jika dia menjadi perdana menteri. Belum sempat aku menjawab, si penanya telah menjawab dan memberitahu aku bahawa YB Dato' Seri Anwar Ibrahim ini tidak layak. Tambahnya lagi, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim telah banyak kali diserang. Diantaranya ialah dengan budak yang tidak cukup pointer dan terbaru dengan pengedar vcd lucah. Dan serangan itu hampir mengubah lanskape politik YB Dato' Seri Anwar Ibrahim. Seperti mana juga dengan serangan oleh pengedar vcd lucah, ramai anak muda yang dulunya penyokong kuat YB Dato' Seri Anwar Ibrahim kini semakin longgar menyokong dan ada juga yang langsung meninggalkan dunia politik kerana kecewa kerana percaya video itu memang sah adalah YB Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Namun kesahihan video itu masih samar-samar, namun jika apa yang ditulis dalam blog milo o suam yang memperlihatkan potongan rambut YB Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika sehari sebelum beliau berada di mahkamah dan semasa berada di mahkamah memang ada bezanya. Dan tidak lojik untuk perkara itu berlaku bagi manusia biasa.

Rujuk link ini klik

Namun bagi aku, untuk apa kita pertahankan YB Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah mudah, memang betul kata kawan aku itu, memang YB Dato' Seri Anwar Ibrahim diserang setiap penjuru. Namun itulah politik, letaklah siapa yang menjadi ketua pembangkang, beliau akan diserang habis-habisan sehingga berkubur karier politiknya. Bukan kerana taksub kepada YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, namun kebencian terhadap perjuangan jahat dan fitnah yang membuat ramai anak-anak muda terus mempertahankan YB Dato' Seri Anwar Ibrahim. Ada pun selepas ini YB Dato' Seri Anwar Ibrahim bukan lagi ketua pembangkan dan ianya diganti dengan orang lain, jika kebenaran berada ditempatnya, mata dan kepercayaan kami ada didalam dirinya, kami akan pertahankannya, bukan kerana batang tubuhnya, tapi kerana kebenaran dan kebencian kami kepada sesetengan perjuang umno yang menggunakan cara busuk untuk mempertahankan dan mengekalkan kedudukannya.

Kami bukan benci pada UMNO, tapi kami benci perjuang kotor dan kami bukan taksub pada YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, tapi kami pertahankan keadilan dan menjunjung tinggi Islam agama kami.

2 comments:

  1. Untuk apa kita melayan benda mengarut sehingga lupa dengan masalah sebenar rakyat?
    http://cglynblog.blogspot.com/2011/04/warkah-terbuka-buat-ds-anwar-ibrahim.html

    ReplyDelete
  2. itulah alih perhatian mereka~ dan sesiapa pun jd ketua pembangkang, mereka akak fitanh dan fitnah~ namun, kebenaran pasti akan berada disisi kita jua~ suatu hari nnti, insyallah~

    ReplyDelete