Wednesday, April 27, 2011

Syeikh Abdur Rahman bin Abdul Aziz As-Sudais wahabi?



Ustaz Zamihan Al-Ghari daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberitahu bahawa Syeikh Abdur Rahman bin Abdul Aziz As-Sudais ini membawa ajaran wahabi di Malaysia. pegawai Jakim KUALA LUMPUR itu telah memberitahu bahawa imam Besar Masjidil Haram bawa Wahabi ke Malaysia.

Sebelum ini Syeikh Abdur Rahman bin Abdul Aziz As-Sudais telah datang ke Malaysia dan telah berkunjung ke pejabat PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya. PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima dan melahirkan rasa gembira dengan kunjungan Imam Besar Masjidil Haram itu di pejabatnya itu.

Namun, pegawai Jakim Ustaz Zamihan Al-Ghari yang menulis dalam artikelnya yang memberitahu Syeikh AbdulRahman Sudais Bukanlah Seorang yang Maksum Dan Tidak Boleh Dikritik. Saya bersetuju, sesiapa dalam dunia ini boleh dikritik dan tiada yang maksum.

Tetapi saya merasa hairan, kenapa hanya Ustaz Zamihan Al-Ghari seorang yang mengkritik Syeikh Abdur Rahman bin Abdul Aziz As-Sudais, dan apa pandangan PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri yang telah menerima kunjungan Imam Besar Masjidil Haram. Dan bagaimana pula dengan suara Dato' Jamil Khir.

Wahabi, wahabi, wahabi!!!

Apa itu wahabi? Ada orang kata, wahabi ini adalah satu ajaran yang hanya mengikut apa yang diajar nabi dan tidak membuat apa yang nabi tidak pernah buat. Ada orang kata wahabi ini mereka yang belajar di Arab Saudi. Bagaimana dengan iman Hanbali dan mereka yang bermazhab Hanbali. Dan ada juga yang memberitahu wahabi ini ialah sesiapa yang tidak qunut subuh.Ada juga dituduh wahabi bila mereka tidak buat tahlil jika ada kematian.

Rasanya, perbincangan wahabi tidak akan habis, dan saya memohon agar satu seminar dan penerangann tentang wahabi dibicarakan. Dan kepada Ustaz Zamihan Al-Ghari, kenapa hanya Syeikh Abdur Rahman bin Abdul Aziz As-Sudais sahaja harus dikritik. Bagaimana dengan Islam hadhari? dan bagaimana dengan negara islam tanpa pelaksanaan sebenar negara islam. Dan bagaimana dengan penghinaan terhadap sunnah nabi yang pernah dipersendakan oleh Perdana Menteri satu ketika dahulu. Kenapa perkara itu tidak dikritik.

Dan aku juga menunggu komen PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan juga Dato' Jamil Khir tentang tuduhan Ustaz Zamihan Al-Ghari pegawai Jakim ini terhadap Imam Besar Masjidil Haram.

No comments:

Post a Comment