Monday, April 18, 2011

Terima Kasih atas penyatuan.






Kehadiran Kukubesi dan Reban Stagecandid telah berjaya menyatukan beberapa tali persaudaraan diantara fotografi di Kelantan. Mega outing yang santai walaupun bertemankan panas aku anggapkan berjaya kerana bibik-bibik persahabatan banyak yang terjadi. Mungkin sebelum ini hanya bertemu di Facebook namun belum pernah bertegur sapa. Dan aku lihat banyak yang terjadi adalah bersalam-salaman antara fotografi.Kemah Keming.

Dan aku sendiri yang sebelum ini hanya melihat para orang lama dalam dunia ini di facebook atau melihat dari jauh. Dan ternyata, selepas program ini, aku sempat bersalam dan bertegur sapa ketika maga outing itu dan ternyata para orang lama dalam dunia ini begitu ramah dan mesra dengan aku. Cuma sebelum ini tidak berpeluang untuk bertegur sapa. Anda semua sungguh hebat.

Alhamdulillah.

Dan memang tujuan sebenar aku membawa Kukubesi ke Kota Bharu adalah untuk memeriahkan suasana fotografi Kelantan dan seterusnya aku mengharapkan perpaduan antara fotogarfi. Dan alhamdulillah, aku percaya mega outing bersama Kukubesi berjaya menyatukan fotografi yang saling tidak mengenali terutamanya fotografi seperti aku yang masih baru dalam dunia ini. Terima kasih bro Kukubesi dan Reban Stagecandid.

Dan tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada photographer yang memberi kerjasama yang amat baik dan tidak lupa juga yang menghulurkan tali persahabatan. Aku benar-benar menghargainya dan memang tujuan aku meminati hobi ini adalah untuk BERKAWAN.

Kepada group aku, Subway Photography, anda semua yang terbaik. Terima kasih kerana memberi sokongan. Tanpa anda semua, siapalah saya. Kemah keming sek kito.

Harapan aku semoga dunia fotografi kita terus maju dan akan dapat bersaing dengan photographer di luar sana.Aku juga berharap, perpaduan fotografi di Kelantan ini akan terus bersemadi di dalam jiwa.

Sekali lagi aku ingin mengucapkan terima kasih kepada Kukubesi dan Reban Stagecandid. Aku begitu teruja bila melihat kami sesama fotografi kelantan berkawan. Dan kehadiran Kukubesi meninggal banayk kenangan buat aku. Bermula dari sebelum ia datang dan sehinggalah beliau balik ke Shah Alam. Kenangan yang cukup terindah.

Dan aku juga memohon maaf jika ada yang tidak berpuas hati dalam " projek komunis menyerang kota bharu". Aku akan cuba perbaikinya dalam projek " Kukubesi menanam ilmu di Kota Bharu"

Akhir kataku, sesiapa yang terlibat dalam " projek komunis menyerang kota bharu" memang kemah keming. Aku takkan lupa sampai bila-bila. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment