Wednesday, April 13, 2011
Rumah terbakar, satu keluarga tinggal sehelai sepinggang.
KOTA BHARU 13 APRIL – Satu keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di jalan langgar ,di sini musnah dalam satu kebakaran, tengahari tadi.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya yang menerima panggilan terus bergegas dengan 2 sebuah jentera ke tempat kejadian.
Beliau berkata, anggota bomba yang sampai kira-kira 15 minit kemudian dapat mengawal api daripada merebak ke kawasan berdekatan, namun 95 peratus rumah papan terbabit telah musnah dijilat api.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, katanya.
Sementara itu, mangsa yang dikatakan sedang tidur ketika kebakaran, ketika ditemui berkata, beliau tidak menyedari rumahnya dijilat api dan segera keluar dengan memecahkan pintu rumah kerana terkunci dari dalam.
Ketika kejadian, anaknya sedang bermain diluar. Pemuda itu tidak sempat menyelamatkan barang-barang berharga dan hanya dapat menyelamatkan diri. -Jeming Hassan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ganazz ming loniess,,,supo wartawe doss....
ReplyDeletekecian nyer family diorg..msti byk kerugian ok abes..wt la kutipan derma..n bg kt fmily diorg..
ReplyDeleteskurg2nyer dpt ringan beban mrk ^^
kita akan cuba menghubungi mangsa~
ReplyDeleteSalam ziarah dan kenal,saudara ni ada ketokohan jadi wartawan...sebagai hadiah saya linkan blog saudara kat blog ambo@kgmokkan.blogspot...
ReplyDeleteterima kasih~ saya terima dengan penuh gembira dengan hadiah saudara~ kemah keming
ReplyDelete