Inna solati, wanusuki, wamahyaya, wamamati, Lillahirabbil 'alamin.
"Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. " - surah Al-An'am ayat 162
Sebelum gua menulis apa yang terpendam dihati gua ini. Terlebih dahulu, gua ingin memohon maaf jika cara gua nasihat ini tidak kena dan ada yang tidak puas hati dengan cara gua. Dan gua tahu, memang susah untuk memuaskan hati semua pihak. Gua hanya mampu mencuba.
Tulisan terbuka gua untuk ultras kelantan ni bukanlah bertujuan untuk mengutuk ultras kelantan. Penubuhan ultras kelantan memang gua boleh terima dan gua anggap ianya cabang dalam bersosial dan islam tidak pernah melarang umatnya untuk bersosial. Cuma ada beberapa perkara yang gua TERPAKSA memberi sedikat teguran. Dan gua harap, teguran gua ini dianggap sebagai teguran daripada seorang kawan kepada kawan.
Sebelum ini, gua hanya melihat dan gua menunggu orang yang lagi layak untuk menegur. Dan sekali lagi gua ingin memohon maaf kerana gua tahu gua tidak layak untuk menegur geng-geng ultras kelantan yang besar itu. Namun apakan daya, gua terpaksa demi untuk kebaikan kita bersama.
Gua bukan nak menegur cara ultras kelantan memberi sokongan, bagi gua, ianya seni dan setiap orang mempunyai seni tersendiri untuk diluahkan. Namun ada beberapa perkara yang gua harap selepas ini tidak berlaku di dalam ultras kelantan.
Perkara pertama yang gua harap geng-geng ultras kelantan dapatlah kiranya menukarkan slogan "Hidup matiku Kelantan" itu kepada slogan yang lain. Ini kerana, gua takut ianya menjadi darah daging bilamana ianya menjadi bahan bacaan atau sentiasa bermain diminda kita. Ini kerana, hidup mati kita adalah kerana ALLAH swt seperti mana yang kita baca ketika solat didalam Doa Iftitah iaitu Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh alam. Dan sesungguhnya, syaitan sentiasa berusaha untuk menjauhkan kita daripada ALLAH swt.
Gua tahu, ianya bukanlah lahir daripada hati ultras kelantan yang sebanar, dan ianya hanyalah slogan kata, namun gua takut, jika ada yang terlupa bahawa hidup dan mati ini hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam. Dan gua juga takut, jika slogan itu boleh menyebabkan ianya menjadi syirik kerana telah melebih-lebihkan dunia daripada ALLAH swt dan sesunguhnya memang banyak perkara syirik kecil terjadi jika kita tidak sensitif. Dan gua takut jika slogan ini akan menjadi diantara penyebab syirik kecil terjadi dikalangan kita. Dan sesungguhnya, syaitan sentiasa berusaha untuk menjauhkan kita daripada ALLAH swt.
Dan gua juga berharap agar ultras kelantan juga tidak menyanyi atau bermain digendang ketika azan berkumandang. Gua berharap sangat, jika ultras kelantan yang ada pada hari ini dapat menerima asihat daripada kawanmu ini dan dapat menjadi ultras contoh di negara ini.
Bagi gua, geng-geng ultras merupakan tunjang dalam pasukan sorak bola sepak kita. Ini kerana, walaupun pihak yang disokong ultras sudah kena pulun, geng-geng ultras bersemangat memberi sokongan padu dan stadium tidak pernah sunyi dengan kehadiran geng-geng ultras ini dengan izinNYA.
Dan akhir kata gua, anggaplah apa yang gua perkatakan pada hari ini merupakan satu salam ukwah daripada gua. Semoga dialoq "sek-sek kito jangan pecoh" betul-betul menjadi wadah di dalam kehidupan kita.
No comments:
Post a Comment