Adik ini pada pandangan gua baru berumur 7, 8 tahun. Gua tabik hormat kepada bapa budak ni. Cara didikan dia memang terbaik. Walaupun anaknya masih kecil, dia tetap mementingkan solat anaknya.
Bapa budak ini bagi gua seorang yang sangat cerdik dan seorang berfikran terbuka. Bukan mudah nak cari bapak budak yang bawa budak pompuan menonton bola. Dan yang lagi dasyat, beliau mengajar anaknya bersembahyang dan bapa budak ini melihat anaknya bersembahyang mungkin ia menjaga ketika anaknya sedang bersembahyang.
Sesungguhnya, solat ini wajib dalam apa jua pun keadaan. Ketika sakit apatah lagi ketika sihat. Dan alhamdulillah, di Kelantan, walaupun sibuk ingin menonton bola sepak, kewajipan bersembahyang tetap ditunaikan.Dan bila melihat gambar anak kecil ini, ia merupakan perkara yang hebat bagi gua. Ianya memperlihatkan betapa anak kecil juga mempu menanam dalam dirinya bahawa sesungguhnya solat itu wajib.
Taniah kepada adik kecil itu dan setinggi tabik penghormatan buat bapanya, semoga menjadi tauladan kepada kita semua. Kemah keming!!!!
No comments:
Post a Comment