Malam ini meruapakan malam kesedihan rakyat Kelantan. Rakyat Kelantan hari ini begitu ghairah untuk memenangi satu lagi piala dalam kejuaraan bola sepak negara. Namun apakan daya, menang dan kalah sudah menjadi tuntutan yang utama. Dan hari ini, kita rakyat Kelantan dipihak yang kalah dalam perlawanan malam. Dengan hati yang terbuka, terimalah keputusan ini. Usah lagi diungkit perkataan kalau yang memang memeritkan itu.
Teringat satu ketika dahulu, bola sepak Kelantan dahulunya ibarat "hidup segan, mati tak mahu" Tetapi hari ini kita sebgai rakyat Kelantan harus berbangga dengan pasukan kita. Negeri-negeri yang lain mula memandang pasukan bola sepak Kelantan dengan gerun. Pasukan bola sepak kelantan ibarai singa di medan perlawanan bola sepak di negara kita hari ini.
Terbaru yang kita tahu, pasukan Kelantan telah dibayar dengan lumayan. Dahulunya pemain bola sepak Kelantan selalu merungut kerana tidak dibayar. Hari ini alhamdulliah, mereka semua telah dibayar dengan harga yang setimpal. Pasukan bola sepak kita hari ini dianggap yang termewah di Negara ini. Pelbagai imbuhan yang dianugerahkan kepada pemain bola sepak Kelantan selepas memenangi Piala Malaysia pada tahun lepas.
Dan hari ini, 11 Jun 2011 pasukan bola sepak Kelantan terlepas peluang untuk memenangi Piala FA yang telah pun dimenangi olah pasukan negeri Terengganu. Taniah diucapakan kepada seluruh warga Terengganu. Dan ramai yang katakan perlawanan hari ini merupakan satu perlawanan yang dirancang dan merupakan satu bahan perjudian. Dan ada juga yang menyatakan bahawa perlawanan ini telah dibayar untuk kalah dengan perjanjian selaps ini pasukan Kelantan akan menang pula pada liga Super nanti. Jika benarm, sungguh hebat konpirasi yang didengar ini. Betul atau salah, gua pun tidak tahu. Tapi yang banyak gua dengar, memang banyak perlawanan bola pada hari ini merupakan perlawanan yang dibayar sehinggakan diperingat antarabangsa juga dikatakan sudah tiada lagi ketulenan bola sepak. Semua telah dibayar dan dirancang. Bagi gua, entahlah, gua bukan pandai sangat pun. Yang gua pandai, tengok dan bersorak.
Dan hari ini, teori itu singgah pada perlawanan akhir Piala Fa diantara Kelantan dan Terangganu. Sehinggakan Dato' Seri Penglima Anuar Musa terpaksa menafikan perkara ini. Dan perlawanan hari ini telah memihak kepada negeri Terangganu dengan keputusan 2-1. Taniah terangganu. Soal perlawanan ini dirangcang atau tidak, gua tidak boleh menuduh tanpa bukti, bagi gua, semua dalam hidup ini telah dirancang olehNYA. Jika benarlah perlawanan ini telah dirangcang, tetapi jika ALLAH swt tidak mengizinkan, perkara ini pasti tidak akan terjadi. Namun, ALLAH swt adalah sebijak perancang dan DIAlah yang menentukan segalanya. Kita serah sahaja perkara ini kepadaNYA.
Kepada Daudsu yang secara tidak sengaja menanduk bola ke pintu gol sendiri diharap bersabar dan menerima apa yang terjadi ini merupakan dugaanNYA. Tidak perlu kecewa jika apa yang diinginkan itu menjadi milik orang lain. Mungkin itu adalah rezeki mereka. Insya-Allah, esok atau lusa kita pula mendapat limpahi rezeki Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih. Perkara ini merupakan perkara biasa dan Daudsu tidak perlu merasa terlalu bersalah, peminat yang cerdik akan menerima ini dengan hati yang terbuka. Bola sepak ini sangat indah bila ada kalah dan ada yang menang.
Apa-apa pun, taniah kepada pasukan bola sepak Kelantan yang telah berjaya sehingga ke peringkat ini. Kekalahan malam ini merupakan tiket kepada pasukan kita untuk bekerja dengan lebih keras dan gigih lagi demi untuk memenangi perlawanan liga Super dan piala Malaysia. Teruskan berusaha tanpa perlu menoleh ke belakang.
Sekurang-kurangnya hari ini kita rakyat Kelantan dapat belajar apa itu rezeki. Betulah kata pepatah, kalau sudah bukan rezeki,ikan di dalam sauk boleh lagi terlepas.
No comments:
Post a Comment