Sunday, June 12, 2011

Buktinya kamu tu bodoh!



Sebelum menerus bahan bacaan yang agak biadab ini. Nasihat gua, jika sesiapa yang tidak biasa dengan ayat-ayat kasar dan terbiasa dengan adab kesopanan, percayalah, artikel ini sememangnya tidak akan anda untuk menyukainya. Maka, adalah moleknya jika anda adalah orang yang sopan dan tidak suka kepada kekasaran, nasihat gua, tinggalkan bahan bacaan ini. Hari ini gua akan meluahkan segala macam perasaan gua dengan penuh kebiadaban.

Segala macam cacian bukan untuk mak kau, tetapi untuk kau yang diberi akal fikiran tetapi terlalu bodoh sehingga menyusahkan ramai orang. Segala macam makian yang sememangnya layak untuk kau yang terus menerus menjadi bodoh dan tidak menggunakan akal fikiran dan selayaknya kau itu ditempatkan di zoo atau pun di rumah orang-orang gila di bilik yang berasingan.

Kau terlalu bodoh, kau terlalu gila untuk hidup di dalam kemodenan dan kau tidak layak bersama-sama diarus kemodenan ini jika terus bersikap bodoh yang menyusahkan ramai pihak.

Segala cacian, makian untuk lu wahai pemain mercun di stadium!

Tidak kiralah kau berasal daripada negeri mana, ketahuilah bahawa kaulah diantara manusia yang paling tidak berguna dizaman ini. Kau dibekalkan akal dan fikiran, tetapi kenapa mahu tukarkan suasana yang bergembira kepada kedukaan. Apa jenis manusia kau ini? Apa kau tidak pandai ke nak berhibur cara manusia biasa. Apa yang kau lakukan lebih teruk dari gurauan seekor bintang. Aku pernah lihat binatang bergurau dan berhibur, bagi aku, mereka yang bergelar bintang lagi pandai dan mulia daripada kau wahai seorang pemain mercun di stadium!

Meraka yang bermain mercun tidak ubah seperti kanak-kanak kurang upaya yang terlalu inginkan perhatian. Dan mereka datang ke stadium bukan untuk menonton perlawanan bola sepak, tetapi lebih kepada ingin berhibur cara "bodoh mereka"

Perbuatan bermain mercun di stadium dan melemparkan ke arah pemain bukanlah perkara yang kecil. Walaupun ianya tidak pernah berlaku kecederaan tetapi ia boleh mendatangkan kecederaan dan boleh juga membawa kepada kematian. Adakah bila berlaku perkara sedemikain itu barulah kita akan menganggap perkara ini teralalu bodoh?

Apa yang perlu kita buat bila berhadapan dengan penonton yang bodoh ini.

Seperti yang gua cakap tadi, pemain mercun ini akalnya pendek dan tahap pemikirannya lebih rendah daripada budak tadika. Mereka yang bermain mercun ini, sudah membuat perancangan daripada rumah mereka lagi. Mereka dengan bersungguh-sungguh membeli dan membawa mercun ke stadium semata-mata unutk menunjukkan kebodohan mereka kepada mata umum. Namun, kebodohan yang dilemparkan itu, bukan kepada individu, tetapi segala cacian dan makian akan dilemparkan pada seluruh rakyat dek kerana 4,5 orang yang bodoh itu.

Pemain mercun tahap pemikiranya setaraf budak terencat akal dan mereka tidak dapat bezakan antara kesukaan dan kebencian terhadapnya kerana mereka ini terlalu rendah tahap pemikrannya. Jika mereka memasang mercun dan ada yang bertepuk dan bersorak gembira, maka mereka menganggap meraka ini disukai. Inilah kesalah kita. Kita yang menggalakkan mereka yang bodoh ini.

Apa yang perlu kita buat?

Jika ada berlaku bunyi letupan, kita sebagai penonton jangan lagi bersorak ria dan bertepuk tangan. Kita sehati dan bersepakat memarahi meraka ini. Kita sorak penuh kebencian ke arah pemain mercun ini. Dan jika ada polis yang menangkap, jangan lagi kita bela mereka ini. Bagi gua, mereka ini sudah melampau. Satu negeri di katakan bodoh dek kerana 4,5 orang yang bermain mercum. Dan orang bermian mercun ini adalah orang yang sama. Dan kerana merekalah banyak perlawanan bola sepak terpaksa diberhentikan dan kita sebagai rakyat Kelantan menerima tempias kerja gila mereka ini.

Seperti perlawanan Piala Fa semalam, perlawanan terpaksa diberhentikan seketika kerana ada penonton yang melemparkan mercun ke arah penjaga gol Terengganu sehinggakan perlawanan semalam telah ditambah sehingga ke minit 98 dan Terengganu memperolehi gol ketika miniat yang ke 98. Terima kasih kepada pemain mercun itu dan semoga ALLAH swt merahmati kamu kerana telah menyusahkan ramai pihak dan telah memalukan seluruh rakyat Kelatan.

Dan jika ada dikalangan kita ini adalah salah seorang yang pernah bermain mercun, nasihat gua, bertaubatlah. Janganlah lagi mempamerkan kebodohan itu. Dan kamu berdosa dengan seleuruh negeri kerana setiap individu di dalam stadium itu mewakili setiap negeri. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Dan jika ada salah seorang yang terlibat dalam letupan mercum di stadium itu kawan kita atau ahli keluarga kita, nasihatilah meraka. Dan jangan biarkan mereka terus disumpah gila, bodoh dan segala cacian dan makian hanya kerana ingin berhibur. Tidak salah berhibur, namun cara yang salah dalam berhibur menyebabkan berhibur itu salah.

Amarah dan tidak berpuas hati ketika menonton perlawanan bola sepak adalah normal. Jika ada yang terlempar objek seperti botol air ditangan dek kerana tidak berpuas hati dengan perlawanan bola sepak di padang seperti mutu pengadilan tidak adil, perkara itu mungkin terjadi dalam tindakbals tanpa sedar, namun, jika mercun daripada rumah telah dibawa ke stadium dan melemparkan mercun itu hanya kerana "hiburan". Sesungguhnya, kamulah orang paling bodoh di Kelantan ini, dan nasihat aku, segeralah buang sifat jahilliah kamu itu dan gantikankanlah dengan sifat yang berilmiah. Sesungguh, kejahilan dan kebodohan itu menghampiri kepada kecelakaan!

3 comments:

  1. Sdr.
    1.Memang manusia"Bodoh"yg buat kerja macam tu.
    2.Mungkin dia "cerdik" kerana merancang konspirasi yang menyebabkan adanya "masa tambahan".
    3.Ada pihak lain yang ikut jadi "Bodoh" Apakah tak boleh lengkapkan CCTV di stadium ?Atau polis yang bertugas membelakangkan padang,memerhati penonton sepanjang perlawanan seperti dalam EPL

    ReplyDelete
  2. maroh abe ming,,btol2..amb0 skong abe ming

    ReplyDelete
  3. Aku baru balik melawat saudara kita Ahmad Jazimin yang terkena mercun semasa perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Singapura. Sekarang mata kanannya buta. Pihak pengurusan stadium juga perlu dipersalahkan kerana agak cuai dalam hal ini.

    ReplyDelete