Thursday, May 12, 2011

Bekas Pengarah SPR Kelantan masuk Pas!



Kota Bharu- Bekas Pengarah SPR Kelantan mengambil keputusan untuk meyertai Pas selepas bersara sebagai Pengarah SPR Kelantan. Bekas Pengarah SPR Kelantan, Abdul Rahim Mohd Salleh yang memberitahu ketika bekerja sebagai SPR beliau lebih bersikap natural kerana tugasnya sebagai SPR yang tidak boleh memihak kepada mana-mana parti.

Bekas Pengarah SPR Kelantan itu memilih parti Pas kerana tertarik dengan perjuangan Pas yang memperjuangkan tentang keislaman dan berjuang untuk hidup dan juga kehidupan selepas mati yang parti lain tiada. Abdul Rahim merasakan Pas merupakan wadah yang tepat untuk memperjuangkan Islam.

Abdul Rahim juga berkata bahawa tiada paksaan didalam mengundi samaada Umno atau Pas untuk menyokong mana-mana parti. Abdul Rahim juga memberi nasihat kepada pengundi pos bagi askar, polis atau para isteri tidak perlu takut untuk mengundi Pas. Menurutnya, ramai para pengundi pos dimomok bahawa kertas undi diketahui umum. Beliau memberi jaminan tidak perlu takut untuk mengundi mana-mana parti dan undi adalah rahsia.

Sama juga dengan kes para cikgu yang takut untuk mengundi kerana bimbang undi beliau akan diketahui dan mengambil keputusan untuk tidak mengundi Pas kerana takut akan ditukar ke kawasan pedalaman. Perkara ini hanyalah propaganda sesetengah pihak demi menakut-nakutkan para pengundi.

Abdul Rahim juga bersedia untuk naik ke pentas ceramah jika dikehendaki pihak Pas untuk meyakinkan pengundi-pengundi bahawa undi adalah rahsia. Beliau juga menambah, para pengundi tidak perlu takut untuk mengundi Pas kerana undi adalah rahsia dan cerita yang menakut-nakutkan para pengundi pos atau pengundi cikgu yang takut undi akan diketahui itu adalah propaganda semata-mata.

Mengenai persahabatan Pas dan Dap, Abdul Rahim merasakan tidak ada masalah kerana bagi beliau, Pas memilih Dap sebagai kawan kerana Dap lebih memahami dasar-dasar Pas dan Dap sanggup untuk bersama-sama dengan Pas dan beliau tiada masaalah dalam persahabatan Pas dan Dap.

Sebelum mengakhiri perbualan, Abdul Rahim memberi sedikit tip untuk dalam pilihanraya supaya melantik agen-agen parti yang ada di dalam bilik mengundi betul-betul mahir, tahu peraturan dan kenal para pengundi di kawasan itu. Ini kerana, jika agen-agen pengundi kenal pengundi di kawasan itu, maka kes pengundi hantu tidak akan berlaku. Dan nasihat beliau, pihak Pas hendaklah memberi penekanan dalam melantik agen-agen parti.

1 comment: