Tuesday, May 17, 2011

Orang asli cerdik. Orang Umporno je tak berapa nak cerdik.




Perhimpunan 200 orang di SUK untuk menghantar memorendum kepada kerajaan negeri telah membuktikan betapa kurang cerdiknya sebilangan besar orang Umporno. Beberapa NGO dan Pemuda Umno Kelantan telah membuat demo di depan SUK mendakwa bahawa mereka telah kehilangan tanah akibat projek projek ladang rakyat. Menurut akhbar yang paling kuat menjilat bontot kerajaan hari ini telah mendakwa seramai 1000 orang yang datang berdemo. Tetapi menurut gambar yang diterima hanya 200 orang sahaja yang menyertai demo itu. Menurut akhbar penjilat bontot itu lagi, seramai 30 orang Orang Asli dari Kuala Betis, Gua Musang yang menyertai demo itu. Berbanding dengan dengan perhimpunan orang asli di putrajaya hari itu yang disertai lebih 2000 orang yang datang untuk menghantar memorendum kepada Perdana Menteri.

Perhimpunan itu dianggap kurang cerdik kerana menuduh kerajaan negeri Kelantan telah merampas tanah orang asli dan perkara ini adalah tidak munasabah. Ini kerana, tanah yang diusahakan oleh kerajaan negeri itu adalah tanah kerajaan dan bagaimana kerajaan negeri dapat merampas tanah itu jika rakyat memiliki geran. Didalam perhimpunan kurang cerdik itu, tiada seorang pun yang menunjukkn geran tanah mereka yang didakwa telah dirampas oleh kerajaan negeri.

Perhimpunan itu juga dianggap kurang cerdik kerana rata-rata yang hadir itu bukanlah penduduk setempat yang marah kerana tanah mereka dirampas. Tetapi demo itu dihadiri oleh beberapa orang yang mengelarkan diri mereka geng gelombang merah. Geng gelombang merah itu dikatakan geng-geng brehim ali dan apakah kaitan geng brehim ali ini dengan projek ladang rakyat.

Projek Ladang rakyat.

Projek ladang rakyat yang telah dijalankan 4 tahun dan telah membantu banyak penduduk disitu. Projek ladang rakyat telah membantu penduduk miskin yang berpendapatan kurang RM530 sebulan layak disenarai sebagai peserta program berkenaan. Sekarang seramai 4,332 penduduk miskin mendapat dividen RM200 sebulan. Projek itu juga telah menyenaraikan seramai 174 orang peneroka asal. Projek itu telah membantu seramai 4,332 penduduk miskin dan telah mengubah nasib penduduk disitu dari segi sosial ekonomi dan menggalakkan kerja-kerja pembangunan tanah di Kelantan.Hasil daripada projek itu sejak tahun 2006 sehinggalah sekarang, ianya telah memberi kebajikan kepada rakyat berjumlah RM40 juta.

Maka kenapa projek ladang rakyat harus ditentang?

Projek ladang rakyat ini hanya akan ditentang jika seseorang itu bodoh. Jika dibaca dan difahami tentang projek itu, maka jelas, projek itu banyak membantu rakyat dan projek itu harus diteruskan. Melalui projek itu juga, penerokaan tanah secara haram tidak akan berlaku.

Kepada Umporno yang sentiasa berfikir untuk memfitnah kerajaan negeri. Diharap dapatlah merancang dengan lebih cerdik dan janganlah menganggap rakyat ini bodoh. Hanya mereka yang bodoh sahaja akan mempercayai cerita bodoh ini.

No comments:

Post a Comment