Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa, Datuk Ibrahim Ali telah melancarkan telah perang Salib terhadap masyarakat Kristian. Perkara ini dianggap kerja bodoh dan gila kerana ia boleh mendatangkan ketegangan kaum dan memecah belahkan hubungan antara kaum dan agama.
Mati katakkah kalau sesiapa yang ikut seruan Bam Brehim?
Perang salib bukanlah dilancarkan oleh orang islam tetapi telah dilancarkan oleh Paus Urban II yang bermatlamatkan membebaskan Baitulmuqaddis dan Tanah Suci dari kekuasaan orang Islam dan membebaskan orang-orang Kristian Timur dari pemerintahan orang Islam.
Adakah Pak Brehim meniru Paus Urban II?
Kenapa secara tiba-tiba Pak Brehim melatah dan secara membabi buta melancarkan perang salib. Ajaran islam mana yang Pak Brehim ikut ni? Shalahuddin Yusuf bin Najmuddin Ayyub atau dikenali sebagai Shalahuddin Al-Ayyubi telah berperang dengan pihak kristian setelah jatuhnya kota Suci Baitul Maqdis ke tangan kaum Salib ang telah dikuasainya selama lebih 500 tahun. Tetapi hari ini, islam masih negara rasmi di Malaysia dan pemimpin-pemimpin Kristian baru sahaja membuat pendirian tegas dan jelas bahawa mereka menghormati dan mempertahankan semangat Perlembagaan Persekutuan berhubung status Islam dan kebebasan beragama.
Kerja gila Pak Brehim ini dianggap biadab kerana mengelurkan kenyataan itu dan ianya dianggap tidak menghormati agama lain terutamaya di Serawak dan Sabah yang merupakan majoritinya beragama kristan.
Islam tidak pernah mengajar umatnya bersikap seperti nazi. Islam sentisa menganjurkan umatnya sentiasa menghormati agama lain selagi mana mereka tidak memerangi kita. Namun apa yang terjadi adalah terbalik, orang kristian tidak pernah mencabar umat islam untuk berperang seperti mana yang dilancarkan Paus Urban II. Tetapi ianya dilancarakan oleh seorang lelaki islam.
Kepada masyarakat kristian, saya memohon maaf dengan kebodohan seorang lelaki ini. Untuk pengetahuan masyarakat kristian, apa yang dilaungkan Pak Brehim ini tidak pernah diajar oleh ajaran Islam. Pak Brehim ini sahaja yang kurang ajar.
Dan kepada orang Islam, seruan jihad BaM Brehim ini bagi saya bukan mati shahid tetapi ianya mati katat jika mati berperang nanti. Ini kerana, menurut
Datuk Husam Musa, PERKASA tidak dibangunkan di atas ajaran Islam yang syumul (menyeluruh), malah "tidak layak membangkitkan isu jihad yang seharusnya tulen dan bersih," PERKASA hanya memperjuangkan nasib orang-orang melayu kaya maka Perkasa tidak layak untuk melancang perang jihad.
Dan kepada Bam Brehim, diharap anda tidak menjadikan Paus Urban II sebagai idola dengan melancarkan perang salib!!!
No comments:
Post a Comment