Sunday, May 8, 2011

Ini Berita dari Utusan Meloya.



Ini berita dari Utusan Meloya yang bertajuk “Kristian agama rasmi?”
Kenapa tiba-tiba berita ini menjadi hangat sehingga menjadi muka depan akhbar tersebut.Maka teramat takutlah orang-orang melayu bila mendengar kuasa melayu akan terhakis. Didalam fikiran mereka, apakah dapat lagi mereka melaungkan hidup melayu andai kata Kristian menjadi agama rasmi di negara ini. Bagi mereka, jatuhnya islam maka jatuhlah melayu.

Hidup melayu semakin kuat bergema.

Tetapi atas dasar apakah Utusan Meloya ini menyiarkan berita ini. Adakah hanya kerana spekulasi yang kecil maka ia terus menjadi tajuk utama Utusan Meloya. Adakah Utusan Meloya ini hanya setaraf blog. Dan darimanakah sumber Utusan meloya ini dapat sehingga mnjadi tajuk utama diakhbarnya. Seolah-oleh perkara ini sedang hangat berlaku.

2 bloggers telah ditangkap kerana memainkan isu kononnya ingin menukar agama rasmi di perlembagaan persekutuan. Namun adakah releven tindakan Utusan Meloya menyiarkan berita ini. Bagaimana dengan beratus atau beribu lagi isu yang dimainkan bloggers. Kenapa hanya isu ini yang menjadi perhatian Utusan Meloya.

Menurut Mat Sabu, Utusan Meloya ini merupakan akhbar yang paling perkauman dan paling jahat sekali di Malaysia ini. Manakala Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula menyifatkan Utusan Meloya ini melakukan perkara ini demi meraih undi dan merupakan anasir yang yang paling jahat dan bahaya di Malaysia sekarang ini.

Apakah tindakan Utusan Meloya ini tidak mengancam keselamatan negara serta boleh memecahbelahkan perpaduan penduduk?

Bagi aku, tindakan Utusan Meloya ini boleh mengganggu gugat keamanan negara dan boleh memecahkan perkauman. Utusan Meloya sanggup menyentuh isu ini demi memeprbodohkan orang melayu dan melaga-lagakan orang melayu.

Seharusnya Utusan Meloya sensitif dengan isu ini. Jangan kerana kepentingan politik sehingga sanggup memainkan isu agama dan kaum demi meraih undi melayu. Walaubagaimana pun, Dap yang dianggap UMNO sebagai parti yang menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara agar golongan beragama Kristian boleh menjadi perdana menteri telah membuat pendirian bahawa agama Islam adalah agama rasmi Malaysia dan tidak pernah pertikai perkara ini dan tidak pernah mendesak meminta Malaysia menjadi sebuah negara Kristian, negara Hindu atau pun apa-apa agama lain.

Aku juga berharap, kita pulau surat khabar gila ini dan banyak lagi yang akan membuat laporan polis sepertimana yang dilakukan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana perkara ini boleh mengancam keselamatan negara serta boleh memecahbelahkan perpaduan penduduk dan dapat mengekang perkara yang lebih buruk daripada berlaku.
UTUSAN BETUL-BETUL MELOYAKAN AKU, CITPUIIIIII!!!!!!

No comments:

Post a Comment