Monday, May 9, 2011

Tiada lagi doktor baru dalam 5 tahun ini.



Tiada lagi pengambilan doktor dalam 5 tahun ini. Bayangkan bagaimana dengan UKM, UIA, UITM dan mana-mana lagi Universiti yang menawarkan kos perubatan. Maknanya, tidak akan ada pengambilan pelajar baru dalam masa 5 tahun bermula tahun ini.

Kenapa ini berlaku?

Menurut sumber, perkara ini berlaku kerana berlaku berlebihan doktor di Malaysia. Ini bermakna, bila kita ke hospital, kita tidak akan tunggu lagi, namun sebaliknya, doktor pula yang menunggu kita. Ini yang aku fahamlah jika kerajaan memberitahu bahawa doktor sudah berlebihan.

Tapi aku tak rasa pun begitu. Di klinik pun aku kena beratur panjang lagi. Mana angka yang berlebihan tadi. Atau mungkin pelajar yang mengambil jurusan kedoktoran tidak bekerja sebagai doktor tapi bekerja sebagai petani atau nelayan. Kerana itulah, ramai pelajar yang mengambil jurusan doktor tetapi tidak ramai yang berkhidmat sebgai doktor. Begitukah ceritanya?

Menurut apa yang aku tahu, pelajar kedoktoran semakin ramai kerana terdapat pihak swasta yang menghantar juga pelajar yang tidak layak hanya kerana mereke mempunyai wang. Tetapi kenapa hari ini kerajaan ingin memberhentikan pengambilan pelajar kedoktoran hanya kerana kesilapan kerajaan itu sendiri. Kerajaandan menteri dibahagian pendidikan yang membiarkan pihak swasta bermaharajalela menghantar anak-anak orang kaya belajar jurusan kedoktoran.

Hari ini adik-adik kita yang pandai terpaksa menanggung bebel kerana kesilapan kerajaan dan menteri dibahagian pendidikan yang dilakuakn oleh mereka. Tidak kesiankah kita kepada adik-adik yang belajar bertungkus-lumus demi mencapai cita-citanya sebagai doktor tetapi tidak dapat merealisasinya kerana kerajaan yanga da pada hari ini menyekat pengambilan pelajar dalam jurusan doktor dalam masa 5 tahun.

Jika dulu, pelajar 12 A1 akan dapat menyambung pelajaran dalam jurusan kedoktoran, dan yang kebawahnya mengambil jurusan yang dianggap senang sedikit. Tetapi, jika pelajar 12 A1 sudah tidak dapat meyambung pengajian dalam jurusan kedoktoran, maka pelajar yang cemerlang akan mengambil kos-kos yang terkebawah sedikit dan bagaimana dengan nasib adik-adik yang hanya mendapat 3 atau 4 A. Ada yang menyatakan borang UPU sekarang pun sudah dipenuhi dengan pelajar 12 A. Maka akan ramailah adik-adik kita yang tercicir dalam pengajian tinggi. TQ so much kerajaan yang begitu cerdik pandai dalam menguruskan negara ini. We love u!!!!

No comments:

Post a Comment