Ramai yang tertanya-tanya betulkah lelaki di dalam video itu adalah Dato' Seri Anwar Ibrahim. Ramai yang terkejut bila Datuk Shazryl Eskay sanggup bersumpah. Bagi aku, biarlah dengan sumpah laknat beliau. Kerana ALLAH swt itu maha mengetahui.
Video yang dirakam selama 16 minit 17 saat itu betul-betul satu konspirasi yang terancang yang memang akan mempengaruhi ramai orang. Dek kerana itulah aku sendiri tidak akan berhenti untuk mempertahankan bahawa lelaki di dalam video itu bukannya Dato' Seri Anwar Ibrahim. JIka bloggers Umno mendapat upah untuk menfitnah Dato' Seri Anwar Ibrahim. Aku akan terus lawan dan lawan. Dan aku yakin, walaupun kerja aku tidak berupah, ganjarannya di sana lebih dari segala-galanya. Dan jika ada yang tidak suka aku menulis pasal Dato' Seri Anwar Ibrahim aku meminta maaf dan sememangnya aku tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak.
Aku tidak percaya lelaki itu adalah Dato' Seri Anwar Ibrahim bukanlah kerana aku membutakan mata aku. Tetapi aku menggunakan mata dan hati aku untuk melihat. Seorang lelaki yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang CCTV dan PHOTOGRAPHY menegaskan bahawa lelaki di dalam video itu bukannya Dato' Seri Anwar Ibrahim. Beliau mempertikaikan kenapa video itu agaka kabur. Dan sampai ke hari ini pihak Polis masih belum menggunakan pakar video yang tidak berat sebelah yang tiada kepentingan politik.
Dan yang paling nyata silap video itu ialah masalah perut buncit dan tetek labuh. Kita kenal Dato' Seri Anwar Ibrahim. Beliau tidak memiliki perut seperti itu. Dan rakan-rakan terdekat beliau juga tidak percaya lelaki itu Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana mereka kenal cara Dato' Seri Anwar Ibrahim berjalan. Meraka juga kenal perut Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Dan orang paling tahu adakah Dato' Seri Anwar Ibrahim itu berperut buncit atau tidak, beliau ialah seorang wanita yang amat aku percayai iaitu Datuk Seri Wan Azizah. Dan aku rasa jika benar lelaki di dalam video itu adalah Dato' Seri Anwar Ibrahim, sudah pasti Datuk Seri Wan Azizah dan keluarga akan bergaduh dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Paling tidak pun mereka membuat keputusan menghilangkan diri atau menagmbil sikap berdiam diri. Tetapi seluruh kelaurga Dato' Seri Anwar Ibrahim menafikan bahawa lelaki di dalam video itu adalah suami atau bapa beliau. Perkara inilah yang paling menguatkan aku bahawa lelaki di dalam vidoe itu bukan Dato' Seri Anwar Ibrahim.
No comments:
Post a Comment