Tuesday, May 3, 2011

Aku terpikat.



Bukan ini kali pertama aku melihat kesederhanaan tok guru kita ini. Sudah banyak kali, ada yang aku mendengar cerita tentang kesederhanaannya, ada aku melihat melalui gambar dan ada yang aku melihatnya di depan mata aku sendiri.

Kesederhanaannya memikat hati aku. Dan aku merasa hairan, kenapalah masih ada yang sanggup menghina tok guru kesayangan masyarakat hari ini. Bukanlah menganggap tok guru ni adalah maksum. Namun keperibadian yang dimilikinya sudah jarang ada pada manusia lain terutamanya peminpin daripada UMNO.

Aku pernah melihat satu video seorang ustaz menghinanya. Aku menganggapkan ustaz itu gila. Dan itu pendapat aku, mungkin bunyinya agak kasar, namun aku begitu marah dengan perbuatan gila itu. Dan yang paling aku rasa kecewa, orang yang menghina tok guru itu adalah bekas pimpinan Pas juga dan nerupakan sahabat tok guru. Aku berdoa semoga ulamak umno yang menghina tok guru itu dibuka pintu taubatnya.

Kesederhanaan tok guru bukan sahaja memikat hati aku, aku yakin sesiapa sahaja yang melihat kesederhanaannya akan terpikat. Bukan sahaja masyarakat islam yang terpikat melihatnya, tetapi masyarakat daripada agama lain juga akn terpikat bila melihat kesederhanaan yang ada pada tok guru.

Artis seperti Amy seach juga membuat tok guru sebagai idolanya. Bayangkan, seorang artis rock membuat tok guru sebagi idola. Inilah dikatakan hati terpikat bila melihat keserhanaan tok guru.

Bagi yang membenci tok guru tetapi masih belum berjumpa tok guru, aku doakan semoga kamu berpeluang dan aku yakin, dengan izinNYA perspektif kamu akan berubah. Bila kamu melihat pakaiannya,bila kamu melihat rumahnya dan bila kamu melihat cara hidupnya, insyallah kamu pasti terpikat. Bukan terpikat pada batang tubuhnya, tetapi terpikat pada keperibadiaannya yang mengamalkan cara baginda nabi Muhammad saw sebaagi wadah dalam kehidupannya.

Semoga tok guru kesayangan dunia ini diberi kesihantan yang baik dan semoga berjuang membangunkan Islam di Malaysia ini akan tercapai. Dan kami akan terus bersama demi menegakkan Islam dimata dunia.

No comments:

Post a Comment