Sebelum memulakan perjalanan, bacalah olehmu bismillah dan doa naik kenderaan dan pastikan setiap penumpang yang lain juga membacanya. Di dalam hati kamu, katakanlah bahawa jalan yang akan kamu lalui akan sesak. Dan pastikan kamu cool. Jangan keluarkan perkataan ""adoi jem giler", "pengsan lar macam ni", "bila lar nak sampai kalau macam ini", dan bermacam lagi perkataan yang menjerumus kamu bersifat tidak sabar menonjol. Coolkan lagi diri kamu.
Pasang lagu raya yang cool. Dan ingatkan ibubapa, saudara mara, sahabat handai dan juga gewe-gewe comel yang sedang menuggumu. Dan kamu ingin balik memberi mereka senyuman sambil mereka melafaz "alhamdulillah" dan bukannya "innalillahiwainnailaihirojiun"
Sebelum balik, pastikan kamu telah pun melihat gambar-gambar ngeri mangsa kemalangan. Pastikan gambar mangsa putus kepala, magsa tercabut usus dan bermacam lagi gambar ngeri yang mungkin menjadi motivasi ketika berada di jalan raya moga-moga kamu tidak bertukar menjadi pemandu F1 ketika pulang beraya di kampung.
Ketika dalam pemanduan, jangan basahkan bibir kamu dengan sumpah seranah kerana jalan yang sememangnya akan sesak. Anggaplah itu satu proses balik kampung dan bergembira dengan kesesakkan itu. Dan paling baik jika anda basahkan bibir dengan memuji-muji nama ALLAH swt dan berselawat kepada rasullah.
Dan yang paling penting, sentiasa berharap kepada ALLAH swt moga-moga perjalanan anda selamat. Selamat pulang beraya dan ingat, jangan sedihkan orang yang menantimu. Be cool~
No comments:
Post a Comment