Wednesday, September 14, 2011

Biarkan Mahadhir mudah lupa tetapi tidak kita!



Mat Indra, cukai 6 peratus sekarang menjadi bahan yang begitu kita untuk kita menembak umno. Tetapi bagi aku, peluru itu sebenarnya adalah datang daripada Umno sendiri dan mereka kebal dan kalis peluru kepada peluru itu. Walaupun kelihatan mereka seakan-akan mengelupar menahan kesakitan ditembak kita, namun suasana sebenarnya tidak. Mereka bergelak tawa riang kerana kita sedang menari mengikut rentaknya. Sehingga kita terlupa bahawa sebenarnya kita mempunyai peluru yang lagi hebat. Mungkin kata keramat Mahadhir Melayu "mudah lupa" hampir menyerap masuk ke dalam jiwa-jiwa orang kita.

Kita jangan biarkan kata-kata keramat Mat Maidey itu berjaya, kita pusing balik dan dengan peluru yang disediakan Umno ini juga kita akan menembaknay dan dengan peluru kita yang sebelum ini juga kita terus menembak.

Antara peluru kita, isu cincin 24 juta, warganegara ekspress, Skandal Scorpene, Bercuti Di Luar Negara Pada Hari Kebangsaan, dan bermacam lagi isu daripada golongan gila ini yang menyebabkan rakyat "makan pasir"

Masa isu cincin 24 juta adakah kita melihat cik big mama atau mana-mana kaki pengampu membela big mama itu. Mereka hanya diam. Dan mungkin kerana mereka diam kita merasa tidak syok "BERPERANG" maka kita senyap. Sedang isu itulah yang mungkin menyebab mereka tidak tidur lena namun kerana pada pandangan mata aksar kita tidak melihat mereka mengelupar kesakitan maka kita henti menembak menggunakan peluru itu.

Namun dalam isu Mat Indra, golongan kaki pengampu terus menerus melawan dan tetap lawan hujah kita sehinggakan meraka hampir gila. Sehingga terkeluar dari landasan manusia normal yang menyatakan tanah melayu tidak dijajah. Namun mereka teruskan lagi hujah-hujah gila mereka. Dan kenapa itu terjadi? Ini kerana, isu yang kita mainkan, walaupun mendapat kepercayaan rakyat, selagi isu wargenegara ekspress dan ic palsu ini terus dilakukan meraka, "kita tetap kalah pada PRU-13 ini.

Isu 6% yang mereka cipta pula hanyalah permasalah yang mereka buat dan mereka juga selesaikan, namun permasalah sebenar rakyat terus mereka lupakan. Manakala kita perlu terlalu ghairah ingin melihat umno mengelupar dan kita berseronok dengan aksi mereka tetapi hakikat sebenarnya umno hanyalah "MENGEPOM" kita dan kita semua "MAKAN POM"

Diulang lagi isu cincin 24 juta, warganegara ekspress, Skandal Scorpene, Bercuti Di Luar Negara Pada Hari Kebangsaan, dan bermacam lagi isu daripada golongan gila ini harus jadikan peluru kita.

Dan yang paling penting, isu wargenegara, kad pengenalan palsu dan daftar pengundi harus tetap manjadi wadah utama dan merupakan peluru tetap kita dan terus mendesak mereka meyelesaiaknnya kerana pengundian adalah penyebab kepada kemenangan PRU. Dan sejarah yang diputar belitkan Umno kita akan perbetulkan selepas PRU nanti, insyallah.

Aku merayu kepada pembaca artikel aku ini, tidak salah menjadi isu Mat Indra sebagai peluru kita, namun selitkan juga isu-isu lain dan biarlah orang kata kita membicara isu lapuk, namun dengan tegas kita tidak akan berganjak daripada isu lapuk ini selagi mereka tidak menyelesaikannya. Sila baca dan sebarkan dengan harapan PRU-13 umno menjadi bahan sejarah.



No comments:

Post a Comment