Wednesday, September 21, 2011
Jangan Melayu Mudah Lupa.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu telah didakwa dimahkamah dan jika bersalah beliau boleh didakwan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas sebab mendatangkan khianat awam selepas beliau memberikan pandangan yang berbeza tentang insiden Bukit Kepong dalam sebuah ceramah pada 21 Ogos lalu di Padang Menora, Tasek Gelugor.
Melayu jangan mudah lupa.
Ingatkah kita dengan PROF Ibnu Keling. Nama itu telah diberi oleh seorang bloggers MSO kerana Prof Zainal Kling telah mendawa bahawa Tanah Melayu (Malaya) tidak pernah dijajah tetapi hanya dinaungi oleh British saja.
Melayu jangan mudah lupa.
Tahukah anda siapakah yang mempopularkan ayat ini. Beliau adalah Tun Mahadhir. Namun adakah beliau ingat akan dakwaannya satu ketika dahulu yang mendakwa bahawa Nabi tidak cukur janggut kerana di zaman dahulu tiada pisau cukur.
Ingatkah kamu?
Hari ini Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu telah didakwa dan dibebaskan dengan ikat jamin RM15 ribu hanya kerana perbezaan pendapat dalam sejarah. Namun, beliau mempunyai hujah dan beliau telah masuk disetiap pelusuk bandar dan kampung untuk menerangkan idealoginya itu setakat yang termampu. Baliau juga ada mengajak TPM Tan Sri Muhyiddin bin Yassin untuk berdebat dalam kes ini memangdangkan Mat Indra dan ayah kepada TPM adalah seorang guru dan murid namun ditolak oleh TPM. Haji Mat Sabu juga bersedia untuk berdebat dengan mana-mana pun pakar sejarah untuk berdebat dengannya jika diajak namun yang ada hanyalah bercakap dibelakang.
Dan mengapa hanya Hj Mat Sabu sahaja yang didakwa kerana berlaku percanggahan pendapat. Ramai pakar-pakar sejarah yang berbeza pendapat namun semuanya diselesaikan secara ke medan pentas akademik bukan ke mahkamah. Mengapa? Adakah kerana Hj Mat Sabu adalah Timbalan Presiden PAS.
Prof Datuk Dr Zainal juga berbeza dengan pendapat kita 1 Malaysia iaitu prof ini menyatakan bahawa Tanah Melayu (Malaya) tidak pernah dijajah tetapi hanya dinaungi oleh British saja. Dan jika disiasat, Prof Datuk Dr Zainal berseorangan dalam hujahnya itu dan beliau juga tidak pernah untuk menerangkan secara terperinci pandangannya itu dan hanya sekali (pada pemerhatian aku) sahaja beliau keluar dalam television. Pemuda PAS telah pun membuat siasatan tetapi kenapa beliau tidak dihadapkan ke Mahkamah. Pada perkiraan rakyat, terdapat juga golongan yang menyokong Mat Sabu dibuktikan dengan kehadiran penonton yang hadir jika beliau menyampaikan ceramah yang menunjukkan pandangan Hj Mat Sabu bukan pandangan syok sendiri tetapi mempunyai peminat dan ia memerlukan diselesailkan secara ilmiah. Dan Hj Mat Sabu tidak melanggar sebarang undang-undang kerana beliau juga berhak untuk berbeza pendapat dan menyuarakan perbezaannya seperti artikel 5 Perlembagaan Persekutuan dan artikel 19 dalam Deklarasi Antarabangsa Hak Asasi Manusia.
Jika anda merasakan dengan menyatakan Mat Indra adalah hero boleh menyebabkan ramai terasa hati dan marah, bagaimana dengan kenyataan Prof Datuk Dr Zainal? Adakah perbuatannya itu tidak menghina sejarah sedang kita sudah mengenali Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan beliau merupa yang melaluang perkataan "merdeka" pada 31 Ogos 1957. Adakah itu tidak menghina sejarah?
Dan jika ada yang marahkan Hj Mat Sabu yang kononnya menghina sejarah, bagaimana dengan kenyataan Tun Mahadhir yang menghina sunnah nabi. Adakah anda tidak terasa marah dan benci pada Tun Mahadhir. Bagi aku, pandangan Hj Mat Sabu dan Prof Datuk Dr Zainal merupakan perbezaan pendapat dan hanya perlu diselesaikan dimedan ilmiah. Namun perbezaan fahaman yang dinyatakan Tun Mahadhir merupakan penghinaan dan memerlukan beliau untuk memohon maaf dan aku takkan lupakan kenyataan Tun Mahdhir sehinggalah beliau memeinta maaf secara terbuka walaupun kisah in telah pun lama.
Isu Tun Mahadir ini walaupun telah lama namun aku akan ingat dan aku akan sentiasa mengingatkan orang lain kerana Tun Mahadhir pernah memberitahu bahawa melayu mudah lupa. Namun kenyataannya itu salah dan kisah ini akan terus diiingati dan disebut-sebut sehinggalah beliau secara terbuka memohon maaf.
Dan kisah Hj Mat Sabu tidak akan dapat mengalih perhatian kami. Dalam pada masa kami akan terus mempertahankan Hj Mat Sabu, isu cincin 24 juta, isu mat bangla, isu skandal pembelian kapal selam, isu enjin jet hilang, isu kenaikan barang akan terus kami ingat dan kami akan terus perjuangkan. Mat Bangla yang ada ic dan akeluar mengundi aku akan tumbuk dan aku akan terus mengajak orang atas pagar untuk tolak UMNO dan UndiPakatan Rakyat.
Melayu Umno melayu mudah lupa, Melayu Islam akan terus berjuang demi islam tercinta!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment