Saturday, September 24, 2011

Saya pun mahu jumpa awak.



Saya pun nak jumpa awak. Sekali pun takpalah. Saya nak bercakap dengan awak dari hati ke hati dari jiwa ke jiwa.

Saya bukanlah cemburu dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan atau Wee Meng Chee atau Namewee.

Saya cuma rasa awak ini sangat baik hati. Saya yakin, awak tentu punya masa untuk berjumpa dengan saya ni. Saya pernah tengok awak pergi ke radio hot FM bermain catur, saya juga pernah tengok gambar dekat facebook awak hadiri konsert astro. Siap naik atas pentas. Nampak cool sengat awak. Berjiwa muda dan sudah tentu awak tidak keberatan untuk berjumpa dengan sayakan~

Dulu saya terkejut bila Mohd Saiful Bukhari Azlan cakap dia pergi ke rumah awak untuk memberitahu dia diliwat Dato Seri Anwar Ibrahim. Pada masa itu anggapan saya manakan mungkin Perdana Menteri ada masa untuk MELAYAN anak-anak muda seperti kami inikan.

Namun kini, anggapan saya berubah, jika ada sebelum ada bahasa yang saya guna dalam facebook atau blog yang agak kasar, maafkan saya ek. Lagipun Namewee pun pernah buat silapkan. Bermaaf-maafkan adalah amalan mulia dan saya juga terbaca dalam blog http://www.parpukari.blogspot.com/ yang awak berjumpa dengannya dan dia juga mendapat peruntukan daripada kerajaan untuk buat filem Nasi Lemak 2.0. Sungguh budimanlah awak jika benar ini berlaku.

Saya juga ada terbaca tentang pengarah-pengarah filem yang kecewa dengan awak kerana memberi bantuan kepada filem ini sedangkan bagi mereka ramai lagi pengarah-pengarah filem yang telah lama berpenat lelah dalam di dalam pembikinan sesebuah karya demi MEMPERKASAkan bangsa melayu di negara ini. Mereka juga terkilan bila seorang yang terang-terang menghina akar melayu di bumi melayu ini di angkat hero dan layak berjumpa menteri minta dan diberi pertolongan di dalam karya yang kononnya menyokong integerasi kaum hanya kerana sebelum ini pernah menghina negara dan bertaubat. Bagi saya, mereka mungkin tidak pandai menarik perhatian awakkan.

Tujuan saya ingin berjumpa dengan awak bukanlah mahu meminta perbelanjaan untuk membuat filem dan jauh sekali untuk memberitahu saya diliwat. Tujuan saya dalah selari dengan konsep dan perjuang UMNO iaitu membantu orang-orang melayu di Negara ini. Oh yea, saya juga penyokong 1 Malaysia, kalau tak percaya, tengok gambar tu. Saya tunjuk 1 jari tu kan. 1 Malaysia, 1 Malaysia, 1 Malaysia. Nanti kalau diberi peluang saya pun akan buat lagu untuk awake k. Dan jangan bimbang, saya takkan bagi Ku Li atau Dato Seri Anwar Ibrahim yang jadi watak utama. Awak yang akan menjadi watak utama dalm video klip saya itu ek.

Berbalik pada tujuan saya tadi, saya ingin berjumpa dengan awak dan meminta kepada awak untuk member royalty kepada rakyat Kelantan. Seperti mana yang awak tahu, penduduk di negari Kelantan adalah kebanyakkannya adalah orang melayu. Maka, dengan mengembalikan royalti Kelantan maka samalah awak menolong orang-orang melayu.

Jika awak memberi kembali royalty kepada kami rakyat Kelantan, saya sendiri akan meminta tok guru untuk buat sembahyang hajat moga-moga awak dimurahkan rezeki dan diberi kesihatn yang cukup. Dan kami rakyat Kelantan akan berterima kasih kepada awak. Dan saya juga akan membuat satu buku tentang jasa awak. Lagipun jika awak nak dijadikan filem, tentu Namewee lagi hebat dari saya.

Saya berharap awak dapat memenuhi tuntutan saya ini kerana saya juga adalah rakyat Malaysia yang menyokong perpaduan kaum samalah macam Namewee tu. Akhirkata daripada saya, pecah kaca pecah gelas, lepas baca harap awak balas.
Sekian.



3 comments:

  1. hahaha...karangan lu tbaek bro..nnti mesti dia bls surat lu tue...siap ngn pantun yg cool lg..pecah kaca pecah gelas,nnti gua dtg jmpe lu naik bas...

    ReplyDelete