Monday, October 31, 2011

Muyiddin aniayai bakal GURU!



Lebih 7 ribu Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) akan diserap sebagai berjawatan tetap dan akan dilatih di bawah Kursus Perguruan Lepasan Ijazah-Sekolah Rendah, Kursus Perguruan Lepasan SPM dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah mulai Januari tahun depan. Perkara ini telah pun diumumkan pada Mac tahun ini dimana seramai 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang menerima surat pemberhentian tahun lalu bahawa notis itu ditarik balik. Dan perkara ini telah diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran Malaysia.

Bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), ia merupakan perkara yang sungguh mengembirakannya namun bagaimana pula dengan nasib graduan UPSI? Nasib graduan UPSI seolah-olah tidak terbela bahkan menjadi mangsa pentadbiran yang bodoh.
Pengistihran Muhyiddin mengenai penyerapan balik ahli GSTT yang berjumlah lebih 13,000 ini merupakan kebiadapannya dan kebodohannya dalam menyelesaikan masalah penganguran. Memang masalah graduan lain sebagai pengangur sedikit berkurangan namun bagaimana dengan nasib graduan yang sememangnya dilatih untuk menjadi guru. Setelah hampir 4 tahun mereka menghabiskan masa untuk menjadi guru tiba-tiba segala penat lelah mereka dibayar dengan kekecewaan. Mengapa Muyiddin lebih mementingkan GSTT dahulu sedangkan graduan lulusan Ijazah Pendidikan lebih layak dimana mereka telah menghabiskan hampir 4 tahun mendalami bidang pendidikan berbangding GSTT hanya perlu menuntut ilmu pendidikan selama 1 tahun 6.

Dulu UPSI dikenali sebagai Maktab Perguruan Sultan Idris, namun telah ditukar oleh Najib menjadi UPSI menjadi Universiti Perguruan Sultan Idris yang telah mewujudkan banyak fakulti. Dahulu jika ingin menjadi guru, UPSI adalah tempat untuk merealisasikan impian itu. Namun hari ini semuanya telah berubah dimana graduan UPSI telah diberitahu bahawa mereka belum tentu dapat menjadi guru dan mereka disuruh mencari pekerjaan lain di pasaran terbuka. Jika graduan UPSI belum tentu dapat menjadi seorang guru maka untuk apa lagi perkataan “PERGURUAN” pada nama Universiti itu.

Sebelum ini mereka (graduan UPSI) semasa Istiadat Konvokesyen ke-13, pihak pengurusan UPSI memberitahu seolah-olah mereka akan manjadi guru seperti mana yang berlaku sebelum ini, namun sehingga ke hari ini, hampir semua graduan UPSI masih belum mengisi borang posting yang sepatutnya sudah pun diisi. Yang lebih menyedihkan, hanya pelajar-pelajar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sahaja yang akan ditawarkan sebagai guru, manakala graduan UPSI perlu meminta seperti biasa dan itu pun jika ada kekosongan. Namun apabila GSTT sudah diserap sebagai Guru Tetap, sudah tentu kekosangan itu adalah mustahil.

Adalah sepatutnya Muyiddin sebagai Menteri Pelajaran menyelesaikan masalah yang diamali oleh graduan Perguruan dan bukannya menambahkan masalah. Jika masalah kecil macam ini pun lu sebagai Menteri Pelajaran dan juga Timbalan Perdana Menteri tidak dapat menyelesaikannya, maka adalah lebih baik lu jangan bermimpi nak ganti najib.
Kepada ahli parlimen Pakatan Rakyat, harap dapat menyuarakan perkara ini di Parlimen dengan harapan masalah ini dapat diselesaikan. Perkara ini hanya MP pakatan rakyat sahaja yang dapat membantu masalah yang dialami oleh graduan ini. Dan ada juga yang menyatakan jika perkara ini disebut oleh Dato’ Seri Anwar atau Mat Sabu maka inyallah ianya akan menjadi topik hangat dan seterusnya mendapat perhatian orang UMNO yang tidak pernah mampu menyelami masalh yang dialami golongan marhean ini.

Dan kepada UPSI, gua harap selepas ini tidak perlu lagi menggunakan nama “pendidikan atau perguruan” jika masalah ini pihak UPSI tidak cuba untuk menyelesaikannya. Dan buat Muyiddin, jika masalah ini lu tidak mampu menyelesaikannya, maka seluruh graduan yang tidak dapat posting atau lambat posting sentiasa mendoakan supaya lu tidak akan mengantikan Najib bahkan pada PRU-13 lu dan UMNO akan tumbang!

No comments:

Post a Comment