Sunday, October 16, 2011

Jadikan Datuk A Samad Said sebagai ikon negara.



Datuk A Samad Said merupakan Sasterawan Negara yang sanggup melepaskan gelaran sasterawan negaranya itu hanya kerana cintanya yang mendalam pada bahasa ibunda bahasa melayu. Hasil daripada perjuangan beliau dan beberapa orang rakannya yang bermati-matian berjuang untuk mansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akhirnya berjaya. Beliau dan beberapa orang rakannya itu sanggup bermandi racun bersama-sama rakyat demi mempertahankan bahasa ibunda yang kita cintai. Dan Alhamdullillah berjuang beliau ditunaikan oleh ALLAH swt.

Datuk A Samad Said tidak berhenti disitu, namun beliau terus bersama rakyat demi keadilan rakyat. Beliau tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam memperjuangkan hak rakyat. Beliau hanya mahu melihat keadian terus dijunjung bukannya dihina sebaagi tontonan.

Pada 14hb Oktober 2011 di Kelantan beliau telah dijemput untuk bersama dalam forum rakyat dimana pada masa yang sama berlangsung perlawanan bola sepak diantara Kelantan melawan Terangganu yang merupakan perlawanan yang penting. Perlawanan malam itu merupakan penentu samaada Kelantan layak atau tidak untuk terus ke peringkat seterusnya. Perlawanan itu berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke-4 dan bersiaran langsung di astro 801.

Maka ramai yang mengandaikan forum rakyat pada malam itu akan dihadiri oleh beberapa orang sahaja kerana pada sangkaan kami rakyat Kelantan akan mengambil masa itu untuk menonton perlawanan bola sepak itu samaada distadium atau di rumah.

Namun ternyata sangkaan kami malam itu sangat meleset. Kehadiran pada malam itu diluar jangkaan dan aku dapat rasanya kehadiran yang ramai itu adalah disebabkan faktor Datuk A Samad Said. YB Dato' Hj Husam Hj Musa, ADUN Salor yang juga tetamu yang kan menyampaikan forum itu sanggup menepah baju khas demi kerana Datuk A Samad Said. Beliau (YB Dato' Hj Husam) kekagumannya terhadap Datuk A Samad Said yang sanggup bersama-sama dalam perhimpunan bersih 2.0.

YB Dato' Hj Husam juga ada menceritakan bagaimana saat perjumpaan beliau dengan
Datuk A Samad Said di Kuala Lumpur ketika himpunan itu. YB Dato' Hj Husam amat terkejut bila berjumpa dengan Datuk A Samad Said yang tidak berselipar dan mata merah kerana terkena semburan air beracun polis. YB Dato' Hj Husam meluahkan rasa tidak puas hati terhadap polis yang sanggup memperlakukan sedemikian rupa kepada Sasterawan Negara kita itu yang dianggapnya sangat lemah lembut dan sopan santun.

YB Nurul Izzah tidak henti-henti memuji puisi Datuk A Samad Said yang sangat menyentuh jiwanya. Sepertimana puisi Suara dari Dinding Madrasah yang mencerita kisah penyekatan bantuan terhadap sekolah agama rakyat. YB Nurul Izzah juga menyifatkan Datuk A Samad Said seorang yang berjiwa rakyat.

Kehadiran rakyat pada malam itu yang amat mengecutkan itu juga adalah disebabkan kekaguman masyarakay terhadap beliau yang sanggup bersama-sama rakyat walhal beliau mempunyai keselesaan dalam hidupnya. Namun kesanggupan beliau untuk bersama rakyat menunjukkan betapa beliau seorang yang sangat penyanyang. Beliau juga tidak mempunyai apa-apa kepentingan atau kehendak dalam berpolitik. Beliau tidak mengejar nama atau wang ringgit. Beliau juga tidak mengejar pangkat atau kuasa. Umur beliau yang sudah menjangkui 76 tahun tidak memungkin beliau berjuang demi kepentingan. Perjuang Pak Samad adalah perjuangan ikhlas dan kita semua boleh nampak keikhlasanya itu.

Sebelum ini kita pernah dikejut dengan idea ingin menggunakan tok guru Tok Guru Nik Aziz sebagai ikon Malaysia. Namun cadangan ini tidak dipersetujui kerana faktor-faktor tertentu. Dan kita (pakatan rakyat) hampir tiada ikon untuk ditampilkan.

Namun aku rasa, Pak Samad adalah yang layak untuk dibawa jelajah seluruh 1 Malaysia bagi menjadikan beliau sebagai ikon negara. Rakyat akan tengok, seorang lelaki yang sudah berusia dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan dan hanya berjuang demi negara kita yang tercinta. Umumnya seluruh rakyat di negara ini tahu akan keihlasannya dalam berjuang.

Perjuangan beliau tidak ubah seperti Mahatma Gandhi yang sanggup bersusah payah hanya demi kerana rakyat. Dan aku rasa tidak keterlalaun Pak Samad adalah Mahatma Gandhi dalam keturunan melayu Islam. Jika Mahatma Gandhi adalah seorang hindu namun beliau adalah seorang yang membela Muslim sehingga beliau juga dibunuh kerana terlalu memihak kepada Muslim. Pak Samad adalah seorang muslim dan beliau seorang yang sangat memihak kepada muslim dan rakyat. Dan perjuang mereka adalah sama iaitu memperjuangkan demi hak rakyat. Prinsip beliau juga adalah sama iaitu sesuatu kebaikan tidak akan tercapai sekiranya tidak ada sesiapa yang berani memperjuangkan kebenaran itu.

Dan beliau adalah ikon yang paling layak untuk dipusing di seluruh negara ini pada pru-13 nanti selain daripada Tok Guru Nik Aziz dan Dato Seri Anwar Ibrahim~

No comments:

Post a Comment