Thursday, October 13, 2011

Cukai rokok, arak majukan bola sepak.



KUALA LUMPUR – Seorang Ahli Parlimen bebas mencadangkan kerajaan supaya menggunakan hasil daripada cukai rokok dan arak untuk membiayai program pembangunan sukan, terutama bola sepak di negara ini.

Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru) berkata, pendapatan hanya RM30 juta setahun diperolehi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mencukupi untuk membiayai program pembangunan persatuan itu untuk meningkatkan mutu bola sepak tanah air.
http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story9630830.asp

Apa nak dikatakan lagi ni? Kalau lu nak rokok je untuk majukan bola sepak gua kira bolehlah tahan. Ni lu cakap nak guna arak sebagai wadah nak majukan bola sepak negara. Waakk lu!

Lu tahu tak

ada 10 golongan dilaknak!
"Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:
(1) yang memerasnya, (2) yang minta diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya.

Dan apa rasionalnya lu ni. Dulu ada yg nak halalkan judi. Ni nak perdagangkan arak plak. Woi!

Rasulullah tidak menganggap sudah cukup dengan mengharamkan minum arak, sedikit ataupun banyak, bahkan memperdagangkan pun tetap diharamkan, sekalipun dengan orang di luar Islam. Oleh karena itu tidak halal hukumnya seorang Islam mengimport arak, atau memproduser arak, atau membuka warung arak, atau bekerja di tempat penjualan arak.

Gua harap lepas ni lu janganlah jadi ahli parlimen. Gua harap lu sambung belajar ilmu di surau-surau dululah baru lu jadi ahli parlimen. Kemukakan cadangan tidak membantu rakyat langsung. Ni 2sebab je ni, kalau tidak kerana nak alih perhatian isu, memang kepala hotak lu dah memang biol~

No comments:

Post a Comment