Friday, October 7, 2011
Non Muslim terima hudud UMNO tolak hudud!
Umno yang sudah berkuasa lebih 50 tahun. Daripada Umno lama yang haram hinggalah Umno baru yang lebih dikenali sebagai UMNO MAHADHIR juga masih tidak dapat melaksanakan hukum hudud. Hudud ini adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah S.W.T di dalam Al-Quran dan Hadis dan ianya tanggungjawab seluruh islam bukannya hanya diperjuangkan parti PAS semata-mata. Dan hukum hudud ini harus dilaksanakan oleh UMNO yang merupakan parti pemerintah.
Namun UMNO bukan sahaja tidak melaksanakan kewajipannya bahkan mempersendakan hukum hudud. UMNO jugalah yang menjadi batu penghalang dalam pelaksanaan hukum hudud ini. Umno selalu menyalahkan PAS kerana tidak dia melaksanakan hukum hudud sedangkan hukum hudud harus dilaksanakan oleh Parti pemerintah dan Prof Aziz Bari pakar perlembagaan menyatakan Perlembagaan Malaysia tidak perlu dipinda bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan. Cukup dengan meluluskan sebuah akta khas di peringkat Pusat.
Namun, UMNO sentiasa dengan putar belitnya dan menyalahkan DAP kerana tidak membenarkan perlembagaan dipinta. Sedangkan, hukum hudud tidak perlu kepada pindaan perlembgaan seperti mana hukum puasa dan hukum zakat yang dijalankan di Negara ini. Kenapa harus dipinda perlembagaan jika negara ini sudah mengiktirafkan agama rasmi dinegara ini adalah agama rasmi.Menerima Islam sebagai agama rasmi bukan sahaja menerima sembahyang, puasa dan zakat, tetapi haruslah menerima islam seperti mana yang ada di dalam kitab suci al-quran.
Namun UMNOlah punca kepada ketidakfahaman tentang hudud dikalangan sesetengah agama lain. Mereka yang bukan beragama islam telah diperbodohkan oleh UMNO yang memisahkan hukum hudud ini seolah-olah hukum hudud dan islam adalah berlainan. Umno juga bukan sahaja tidak menerima hudud untuk dilaksanakan dinegara ini, bahkan UMNO juga memperbodoh-bodohkan ahlinya. Umno juga telah menakut-nakutkan tentang hudud ini kepada agama lain dengan memberi gambaran yang teruk jika hukum hudud ini dilaksanakan.
Namun, peredaran zaman yang semakin canggih dan tahap pendidikan masyarakat hari ini juga telah memberi kesan yang baik untuk negara ini. Jika dulu umno berjaya memecahkan perpaduan kaum dengan isu-isu yang sensitif. Namun hari ini, masyarakat sudah cerdik pandai dan sudah pandai menilai baik dan buruk. Hanya tinggal UMNO yang masih lagi bodoh dan sedang berusaha memeperbodohkan orang. Mungkin kerana sudah tidak berjaya ingin memperbodohkan masyarakat hari ini maka UMNO telah menerima kehadiran rakyat-rakyat asing seperti abang bangla.
Penerimaan hukum hudud dikalangan non muslim menunjukkan bahawa rakyat sedang menolak cara pemerintahan UMNO. Non muslim yang faham tentang hudud juga tertanya-tanya kenapa dan mengapa hukum hudud ini tidak dilaksanakan oleh kerajaan umno sedangkan hukum hudud ini adalah cara terbaik dalam mendidik orang yang membuat silap. Non muslim juga terkejut bila memahami tentang hukum hudud ini yang sebenar. Mereka juga menyalahkan Umno yang tidak pernah cuba untuk memberi pemahaman tentang hudud ini tetapi lebih kepada menentang pelaksanaan hukum hudud.
Umno juga memberi alasan kononnya hukum itu masih tidak dapat diterima masyarkat. Namun, Umno tidak pernah pun membuat kajian tentang pelaksaan hukum hudud ini. Umno juga seolah-olah seperti seorang yang membuat salah dan akan dikenakan hukum hudud jika hukum itu dilaksanakan. Inikerana, semua orang yang beragama islam menerima hudud dan hanya pencuri, penzina atau pembunuh yang akan dikenakan hudud yang takut kepada pelaksanaan hukum ini.
Semoga PRU-13 kali ini Pakatan Rakyat akan menjadi pucuk pimpinana dan hukum ini dapat dilaksanakan demi kesejahteraan semua rakyat tidak mengira agama dan bangsa. Tolak UMNO sejahtera Negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment