Friday, November 18, 2011

Perkara paling kelakar bagi aku!



Gambar ni tak cukup kelakar lagi.

Bagi aku, saat paling kelakar adalah 2 minggu lepas pada 11/11/11. Malam itu sering membuat aku ketawa seorang diri. Disaat aku menaip ini pun kaki aku meronta2 ingin ketawa meningatkan peristiwa malam itu. Bagi aku ianya keadaan paling kelakar dalam hidup aku.

Ia bermula pada satu malam yang biasa. Malam itu kami keluar lepak macam biasa. Aku, arih kudo, raedi boya, lemi daud, pendi unto, bad dan puding kambing macam biasa keluar lepak2 minum air. Malam tu lepak restoran cik siti pasal kedai roti canai dekat rumahj arih kononnya masih tutup. Tapi dah terlajak lepak situ, maka kami pun lepak ajelah kat situ.

Tiba-tiba ShazliShots mesej ajak aku lepak. Katanya dia ada job wedding dekat Machang. So aku ajak ajela dia lepak sekali dengan geng2 Subway malam tu. Niat nak ajak Misprintita tapi kesian kat dia pasal hari tu dia ada 3 job. 25 minit lepas tu datanglah ShazliShots dengan 3 orang kawan dia yang lain.

Dia pun datang dekat meja yang kitorang lepak dan kami bersalam-salaman. Tiba2 aku terdengar ada orang bertanga" bakpow salam nga kito jugok neh? Aku menoleh dan tengok tangan pudin tengah bersalam dengan seorang lelaki memakai apron dan ditangan dia ada nota kecil berserta pen. Kami tergaman. Dan untuk 5 minit selepas kejadian itu kami semeja ketawa sampai terkeluar air mata. Aku tak tahu encik ShazliShots faham tak apa yang telah terjadi.Tapi perbuatan pudin malam itu memang keterlaluan. Sanggup dia bersalam dengan tukang ambik oda. Si macho tukang ambik oda pun bersalam juga dengan pudin tp tertanya2 apakah penyebab si pudin ni bersalam dengannya. Dan inilah kali pertama aku tengok seorang lelaki yang sungguh budiman bersalam dengan tukang oda. Aku tanya dia, tak mahu bersalam dengan tauke kedai ini ke? Dia diam.

Kami terus ketawa dan terus ketawa menginagtkan peristiwa lucu si pudin ini. Dalam enak kami ketawa, tiba2 aku terpandang mata puding. Mata dia merah menyala. Masuk hantukah mamat ni? Atau dia menangis sebab kami ketawakan dia? Pelbagai persoalan yang timbul? Aku pun cuba berani bertanya?

Dan semua jawapan yang aku andaikan tadi tidak tepat. Rupa-rupanya, disaat dan ketika itu, jam sudah menunjukan waktu lebih jam 12 malam. Pudin kalau lebih pukul 12 dia akan merubah. Biasanya dia tidak akan sedarkan diri atau dengan bahasa mudah, masa tu pudin perlukan bantal dan selimut. Macam manalah lu nk kawin nanti.

Maka dek kerana kesiankan pudin, maka aku pun mintak beransur pulang. Dan kami pun bersalam-salaman memandangkan esok bad dan pudin dah nak pergi ke Kuatan. Dan seperti keadaan tadi, ianya berulang kembali. Ada soalan yang timbul lagi" bakpow mun sale nga aku neh?"

Dengan siapa pulalah pudin bersalam ni, rupa2nya pudin bersalam dengan bad. Bad kebingunan kerana kejab lagi mereka akan balik sekali dengan moto yang dibeli dengan pok loh dulu. Masa aku tolehkan muka aku pada keadaan tu, mata aku tepat melihat tangan bad dan pudin tengah bersalam seolah-olah mereka bukan lagi pasangan kembar. Bad pula dengan selamba mangajukan soalan pembunuh pada pudin mengapa perbuatan tadi berulang lagi. Dan untuk 5 minit pula kami ketawa terbahak2 pula.

Dan sehingga ke hari ini, jika aku mengigat peristiwa pudin aku akan ketawa lagi. Dan inilah keadaan paling lawak dalam hidup aku. kah kah kah kah kah kah kah

3 comments:

  1. Haak3..pening oberdose kali tu ming...hahahaha!!!pudin2,mujo x gi sale nge shin shan hayaki~

    ReplyDelete
  2. hahahahahaha~aku nok tkecinggg suko, sapa loni aku buleh suko lagi. Lagi2 time dio sale nga bad~ kah kah kah kah

    ReplyDelete
  3. hahaha.. boleh buat modal kenakan pudin ni ^_^

    ReplyDelete