Friday, December 2, 2011
"PERUTUSAN RISALAH PURNAMA."Pembentukan Negara Islam (Matlamat Penghijrahan Rasulullah saw ke Madinah)
Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan ALLAH (untuk membela dab menegakkan Islam), nestaya ia akan dapati di muka ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur, sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada ALLAH dan RasulNYA, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya disisi ALLAH swt. Dan (ingatlah) ALLAH Maha Pengampuan , lagi Maha Mengasihani.-( surah al-Nisa’ ayat 100)
Alhamdulillah setinggi-tinggi pujian dan kesyukuran kita panjatkan ke hadrat ALLAH swt kerana dengan taufiknya dan inayahNYA, kita masih diberikan peluang untuk terus hidup melangkah ke tahun baru 1433 Hijrah pada saat ini. Semoga dengan pertambahan umur yang dikurniakan oleh ALLAH swt ini memberikan kita ruang untuk terus menambahkan ibadat dan memperkasakan perjuangan untuk menegakkan kalimah ALLAH swt. Saya mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk merakamkan sedikit perutusan di dalam risalah PURNAMA bilangan pertama yang dikeluarkan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan ini. Mengambil semangat Hijratul-Rasul yang sedang hangat disebut di dalam bulan Muharram ini, sukalah saya mengajak pembaca sekalian menghayati semangat Hijrah ini kea rah melakukan perubahan yang baik di dalam hidup kita. Sesungguhnya peristiwa hijrah ini telah mencetus fenomena dan momentum terbesar di dalam sejarah perjuang Rasulullah saw. Momentum tersebut ialah pembentukan sesebuah negara Islam yang pertama dan perpindahan era dakwah secara rahsia kepada era dakwah secara bernegara.
Pembentukan Negara itulah yang menjadikan matlamat kepada penghijrahan Rasulullah saw ke Madinah. Jika tidak kerana pembentukan Negara, tidak perlu lagi berlakunya hijrah Rasullah saw.Oleh yang demikian, amatlah salah sama sekali yang menyatakan bahawa bernegara merupakan satu perkara yang tidak wujud di dalam islam, apatah lagi menidakkan kewujudan syariat Islam dalam aspek bernegara. Sebagaimana umat Islam diwajibkan menegrjakan solat lima kali sehari, berpuasa selama sebulan dalam satu tahun dan mengerjakan haji sekali sepanjuang hidup, demikianlah juga diperintahkan agar bernegara dan melaksanakan undang-undang menurut syariat yang telah ditetapkan oleh ALLAH swt.
Kita tidak rela jika pembangunan fizikal pesat berlakunamun dalam masa yang sama kita menyaksikan runtuhnya nilai-nilai agama dan jauhnya manusia daripada ALLAH swt. Alangkah ruginya hidup manusia jika kerana hanya mendapatkan kemegahan, kemewahan dan kekayaan di dunia semata-mata namun di akhirat dilemparkan ALLAH swt ke tampat yang buruk iaitu neraka hanya kerana enggan tunduk patuh kepada ALLAH swt. Pas mendidik rakyat agar kenal batasan iman dan kufur, batasan syurga dan neraka serya batasan pahala dan dosa, agar tidak berlaku penolakan terhadap mana-mana perintah ALLAH swt. Ini kerana iman sifatnya ialah syumul. Menolak satu cabang iman bererti menolak keseluruhan iman itu sendiri.
Yang Amat Berhormat Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment