Saturday, December 24, 2011

Surat terbuka kepada Menteri Kesihatan dan Pengarah HRPZII



Salam sejahtera kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Assalamulaikum kepada Y.Bhg. Dato' Dr. Ghazali Hasni bin Md. Hassan selaku Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Terlebih dahulu diucapkan tahniah kepada Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam berusaha untuk meningkatkan kualiti dalam perkidhmatan kesihatan di Malaysia dan ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Y.Bhg. Dato' Dr. Ghazali Hasni bin Md. Hassan selaku Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II yang berusaha untuk menggubal dan melaksanakan polisi "Memberi perkhidmatan klinikal dan sokongan bagi mencapai tahap maksima dalam mencapai kepuasan pelanggan secara beretika, efisen dan profesional dengan membekalkan jagaan pesakit yang berkualiti, perkhidmatan diagnostik dan sokongan serta pemulihan awal yang melibatkan langkah-langkah peningkatan kualiti berterusan" seperti mana yang dijanjikan didalam Perutusan Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II didalam website HRPZ 2 tidak lama dahulu.

Saya adalah anak kepada Allahyarham Siti Sapol Binti Mat Rani yang meninggal dunia di Hospital Raja Perampuan Zainab 2 (HRPZII) 20 Disember 2011 pada pukul 1.55 pagi. Berita ini telah disiarkan di dalam akhbar sinar harian pada 21 Disimber 2011 kerana ketidakpuasan hati keluarga kami kerana tidak mendapat layanan yang mesra dan tidak profesional daripada pihak HRPZII . Tuan Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II Y.Bhg. Dato' Dr. Ghazali Hasni bin Md. Hassan telah memberi maklmum balas di akhbar sinar pada 24 Disember 2011.

Terlebih dahulu, saya sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak hospital kerana telah menjaga arwah ibu kami sepanjang beliau berada di HRPZII dan kami juga mengucapkan terima kasih kerana sudi membalas dakwaan kami kononnya kami tidak mendapat layanan yang mesra di HRPZII di akhbar Sinar pada 24 Disember 2011.

Namun begitu, kami sedikit kecewa bila Y.Bhg. Dato' Dr. Ghazali Hasni bin Md. Hassan berhubung dengan jawapan dan anggapan pihak Dato' di akhabr itu kerana pihak Hospital seolah-olah menganggap kami tidak dapat menerima kematian ibu kami. Kami juga agak kecewa apabila Y.Bhg. Dato' Dr. Ghazali Hasni bin Md. Hassan hanya mendengar cerita dari kakitangan HRPZII tanpa mendengar penjelasan daripada kami sekeluarga sebelum membuat penjelasan di akhbar.

Untuk pengetahuan Dato', kami bukan mahukan layanan sepeti mana anak raja, namun layanan dan cara kerja di HRPZII amat mendukacitakan saya dan saya juga telah mendengar banyak rungutan yang sama daripada pengunjung HRPZII.

Diantara perkara-perkara kami sekeluarga tidak berpuas hati ialah;

1. Bahasa yang digunakan oleh jururawat yang bertugas di ward 8 dimana ketika menyuruh adik saya memberikan arwah ibu susu melalui wayar. Adik saya berumur 19 tahun dan beliau belajar dalam jurusan Tesl dan sudah pasti beliau tidak tahu dan takut untuk melakukan perkara itu. Dan jika pihak HRPZII hendak kami juga yang melakukannya, sekurang-kurangnya ajarlah adik saya dan bukannya menyindir seolah-olah kami ini mahu menyusahkan pihak hospital.

2. Saya juga tidak berpuas hati dengan cara doktor menyampaikan penyakit arwah ibu di depan dan dapat didengari oleh arwah ibu saya. Kerana walaupun ketika itu arwah ibu tidak boleh membuka mata, namun kami yakin arwah ibu sedang mendengar kerana reaksi arwah ibu bila kami menyentuhnya. Seorang doktor telah memberitahu bahawa arwah ibu kami tidak boleh diselamatkan lagi dan hanya menunggu masa. Dan perkara itu berulang bila ada jururawat juga daripada ward 8 yang secara jelas bercakap perkara yang negatif depan arwah ibu kami. Untuk pengetahun pihak Dato', jika kita hendak menyembelih bintang sekali pun, kita juga tidak dibolehkan membiar haiwan yang bakal disembelih itu melihat pisau itu apatah lagi bercakap perkara yang negatif dihadapan pesakit walaupun pesakit itu tidak sedar. Salahkan jika jauhkan sedikit dari pesakit yang terlantar itu?

3.Saya juga tidak berpuas hati dengan mesin yang "monitor" tekanan darah, denyutan nadi dan tekanan oksigen yang digunakan ketika merawat arwah ibu baru-baru ini. Ini kerana, alat itu sentiasa berubah-ubah dan kami sekeluarga pula hanya berpandu alat itu kerana jururawat hanya datang apabila hendak memberikan ubat. Namun saya sedikit terkejut apabila bacaaan nadi arwah ibu mencecah sehingga 200 dan ke atas. Sepengetahuan saya, denyutan normal nadi anggarannya sekitar 80. Saya segara memberitahu jururawat yang bertugas namun tidak diendahnya. Namun, saya cuba dapatkan jururawat sehingga berkali-kali saya panggil barulah dia datang. Apa bila dia datang, rupa-rupanya wayar pada tangan arwah ibu tercabut dan menyebabkan bacaan menjadi ralat dan wayar lain terpaksa dipasangkan ditangan lain.

4. Saya juga keliru dengan penyampaian doktor dalam member sesuatu maklumat. Seorang doktor telah memberitahu kepada saya bahawa pihak HUSM tidak dapat membuat pembedahan sepertimana juga pihak HRPZII. Namun saya keliru apabila dinyatakan seorang sepupu apabila beliau meminta rakannya di HUSM membantu arwah ibu untuk dihantar ke HUSM untuk dibedah telah memberi tahu bahawa kami sekeluarga tidak membenarkan dan telah menandatangan sebuah surat yang menyatakan kami tidak mahu arwah ibu dibedah. Namun kami tidak pernah pun menurunkan tanda sedemikian. Kami juga merasa agak kecewa dengan cara penyampaian doktor apabila hendak memberi sesuatu surat untuk kami turunkan tanda tangan. Seperti contoh, ada seorang doktor memberi cerita tidak mahu arwah ibu dibedah dan datang seorang doktor pula memberitahu mahu tukar bilik dan memberikan borang. Saya yang mempercayai doktor terus menurunkan tanda tangan,kerana menyanka itu borang tukar bilik, namun apabila diminta surat itu, bukan borang tukar bilik yang saya turunkan tetapi borang CPR yang saya turunkan tanda tangan tanpa memberitahu dengan jelas dan terperinci. Dan sepatutnya pihak hospital harus berbincang dan menerangkan kepada bapa selaku ketua keluarga.

5. Di ward 9 sekali jururawat melakukan kesilapan. "Monitor" katil arwah ibu yang ada dibilik itu dikongsi dengan katil disebelahnya. Saya tidak kisah jika peralatan itu dikongsi, namun saya amat marah bila bacaan ibu juga dikongsi. Ada satu kes dimana datang seorang jururawat yang bertugas membaca bacaan tekanan darah ibu tanpa memeriksanya dengan betul. Bacaan pada 'monitor' itu ialah 123 sedangkan bacaan arwah ibu sebelum ini adalah 245. Jururawat yang tidak melakukan pemeriksaan secara betul itu terus menghentikan pemberian ubat kepada arwah kerana kononnya tekanan darah arwah ibu telah normal. Namun itu bukanlah bacaan yang sebenar tetapi bacaan pesakit yang berada disebelah arwah ibu, dan saya telah memberitahu jururawat yang lain dan jururawat itu memberikan semula ubat kepada arwah ibu.

6. Pada 20 disember pukul 1.55 pagi, bacaan pada "monitor" tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Seorang jururawat datang dan memberitahu menurut bacaan pada "monitor" itu arwah ibu telah tiada. Namun beliau tidak berani memberi pengesahan dan menghubungi doktor untuk mengesahkan perkara itu. Saya sendiri yang berada di depan arwah ibu menyentuh kakinya, tetapi masih panas. Saya juga masih tidak berani untuk memberitahu keluarga yang lain kecuali adik beradik kerana masih tidak mendapat pengesahan daripada doktor. Hampir 15 minit menunggu doctor namun tidak sampai juga. Keluarga saya yang jarak 8 kilomter daripada hospital sudah pun sampai namun doktor yang berada di kawasan yang sama masih belum sampai. Saya cuba carikan doktor dan bertanya kepada jururawat yang bertugas, mereka kata semua doktor tidak berada berada di bangunan ini dan sedang berada di bangunan yang lain. Saya cuba dapatkan doktor di ward kecemasan dan memberitahu bahawa ibu sedang tenat. Namun tiada doktor yang berada disitu dapat membantu dan beliau cuba menghubungi doktor yang bertugas di ward itu. Seorang kakitangan di ward kecemasan memberitahu seorang doktor dalam perjalanan ke ward arwah ibu. Saya segera ke ward arwah ibu namun batang hidung doktor pun tiada. Saya sekali lagi pergi dan merayu supaya seorang doktor datang ke ward arwah ibu kerana arwah ibu sedang tenat. Mereka memberitahu meraka dibahagian lain dan doktor lain yang urus hal disitu. Dan saya merayu dan meminta adakah salah jika seorang doktor datang menjenguk kerana arwah ibu sedang tenat. Namun mereka diward kecemasan tetap berdegil dan memberitahu seorang doktor dalam perjalanan ke ward ibu. Saya pergi lagi ke ward ibu, saya lihat adik beradik yang lain masih mundar mandir dan doktor masih lagi tidak sampai. Sekali lagi saya pergi dan mereka tetap memberikan alasan yang sama iaitu doktor dalam perjalanan. Saya pergi lagi ke ward ibu dan doktor masih juga belum sampai. Saya hilang sabar dan terus ke ward kecemasan dan menjerit memanggil doktor. Namun tiada juga doktor yang simpati. Datang seorang polis yang bertugas di ward kecemasan memberitahu "kalau sudah mati tu nak buat macam mana lagi?" Hampir berlaku pergaduhan namun mujur datang seorang doktor yang bertugas di ward arwah ibu telah sampai dan adik datang memberitahu saya. Doktor yang bertugas itu datang dan memberitahu arwah ibu telah pun meninggal dunia dan kami tidak tahu secara jelas pukul berapa sebenarnya arwah ibu kami meninggal dunia.

7. Arwah ibu dibawa pulang ke rumah menggunakan van jenazah hospital. Saya juga tidak berpuas hati dengan pekerja itu yang melakukan kerja itu dengan kasar, Apabila ditegur, pekerja itu memberitahu “ini hanya mayat” dan ini mengguris kami sekeluarga kerana jenazah yang dinyata oleh pekerja itu adalah arwah ibu kami.

8. Keesokkan hari kami pergi ke hospital untuk menghantar selimut dan mengambil kesempatan untuk berjumpa doktor yang memberi borang CPR itu kepada saya. Saya ingin meminta penjelasan daripadanya bagaimana pihak HUSM boleh memberitahu bahawa kami sekeluarga tidak mahu arwah dibedah. Namun beliau bercuti. Namun ada seorang doktor yang mengajak kami masuk ke satu bilik untuk memberi penjelasan dan mendengar ketidakpuasan hati kami. Doktor itu menjelaskan kronologi penyakit ibu dan baru kami sekeluarga sedikit jelas dengan panyakit ibu. Namun saya tidak perpuas hati kerana, kenapa apabila arwah ibu sudah tiada baru ada penjelas dan itu pun kerana kami datang. Kenapa ketika mula-mula kami datang pihak hospital hanya memberitahu acuh tak acuh. Dan penjelasan itu juga dibuat di hadapan pesakit. Dan dijelaskan dengan tidak jelas!

Untuk pengetahuan pihak Dato' saya ada membaca perutusan dato di web Perutusan Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II dimana HRPZII menjanjikan perkhidmatan klinikal dan sokongan bagi mencapai tahap maksima dalam mencapai kepuasan pelanggan secara beretika, efisen dan profesional dengan membekalkan jagaan pesakit yang berkualiti, perkhidmatan diagnostik dan sokongan serta pemulihan awal yang melibatkan langkah-langkah peningkatan kualiti berterusan" dan ianya juga merupakan polisi HRPZII yang mana selaras dengan aspirasi dan wawasan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Namun saya agak terkejut apabila Dato' hanya memberi komen di akhbar dan langsung tidak memanggil kami untuk mendengar sendiri apa yang kami tidak puas hati. Dan anggapan dato' seolah-olah kami tidak dapat menerima kematian arwah ibu kami itu adalah salah. Kami tahu dan kami yakin setiap yang bernyawa pasti akan meninggal dunia. Dan kami juga tahu itu satu suratan takdir arwah ibu. Namun, kami tidak berpuas hati dengan layanan dan berjumpa doktor sehari selepas hari ibu meninggal ada untuk memberitahu ketidakpuasan hati kami agar pihak hospital dan memperbaiki mutu kerja di hospital. Saya juga berharap pihak Dato' dapat turun ke hospital sebagai rakyat biasa dan bukan sebagai Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II. Saya berharap perkhidmatan kesihatan yang disediakan hospital kerajaan dapat ditingkatkan kerana hospital itu adalah milik semua masyakat dan sesiapa yang sakit akan pergi ke sana dan berharapkan layanan yang sewajarnya.

-Jeming Hassan-

6 comments:

  1. sabar ming deh...sedih aku baco post mung nih..terutama no.7 tu...hok tu bagi kawe, memei xleh go doh....

    ReplyDelete
  2. salam..minta bersabar..moga2 Allah s.w.t merahmati arwah..

    ReplyDelete
  3. Bhai Jeming...

    Al-Fatihah dari gua sekeluarga.... Moga Allah merahmati dan mengampunkan segala dosa mak lu...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  4. Saya bersimpati dan berharap saudara akan terus perjuangkan hak arwah sebagai pesakit.

    Kita boleh bayangkan jika pesakit itu emak kepada doktor tadi tentu tidak begini dibuatnya. Layanan dari jururawat juga akan lebih baik lagi.

    ReplyDelete
  5. mmg mcm tu lah hak org miskin n low class sllu dipinggir ..... ada double standard dlm diri .......sabar je lah dlm hidup yg semetara ni.

    ReplyDelete
  6. Kawe keno jgk spital tu....meme spital paling teruk di malaysia..staff kecek meme kure ajar,caro dok ngumpat..kawe wat aduan pun ngelast xjd gapo mugo puok dio backup samo pok dio..kawe siap tulis lg nama tu..pandai nate nurse drama wat nangis bilo kena pggil ko pengarah...

    ReplyDelete