Sunday, January 1, 2012

Kenapa UPSI "berdarah"




Demonstrasi yang berlaku di Tanjong Malim (UPSI) bagi menuntut kebebasan akademik, mansuh AUKU dan pengguguran kes Adam Adli. Para mahasiswa dan mahasiswi berkumpul dan berdemo secara aman kerana sudah tahu akan keputusan yang akan berlaku terhadap Adam Adli.Para mahasiswa dan mahasiswi percaya keputusannya tatatertib terhadap Adam Adli akan dipengaruhi oleh kuasa parti politik UMNO.

Ini kerana, diantara mereka yang akan terlibat dalam keputusan tatatertib terhadap Adam Adli adalah Datuk Paduka Dr Junaidi (DDJ) yang merupakan Datuk Paduka Dr. Junaidi Abu Bakar (DDJ) , Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEP&A).

Mahasiswa dan mahasiswi melihat Datuk Paduka Dr. Junaidi Abu Bakar (DDJ)adalah agen kepada UMNO. Ini kerana banyak perkara yang dilakukan oleh Datuk Paduka Dr. Junaidi yang menunjukkan beliau adalah pengerak kepada parti UMNO di UPSI. Lihat sahaja bagaimana Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEP&A) UPSI ini pernah membawa masuk Mohamad Ezam Mohd Nor ke dalam UPSI dalam satu program Minggu Suai Kenal pelajar ambilan di UPSI baru-baru ini.

Mahasiswa dan mahasiswi di UPSI juga amat kecewa bila memorandum yang mendesak agar Adam Adli dikenakan tindakan tatatertib dalam masa 2 minggu yang diserahkan oleh Ketua Bahagian UMNO Tanjong Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib serta beberapa anggota MIC dan PERKASA telah diterima sendiri oleh Naib Canselor bersama beberapa pegawai pentadbir universiti termasuk beliau sendiri , Datuk Paduka Dr Junaidi (DDJ) yang menerima memorandum tersebut dihadapan pintu utama kampus.

Ini seolah-olah menunjukkan beliau sudah dipengaruhi atau beliau sendiri mempunyai agenda tersendiri seperti ingin mengambil hati orang politik UMNO dengan harapan beliau akan menjadi calon untuk PRU-13 ini. Ini kerana, belum pernah dalam sejarah Serahan memorandum akan diambil oleh bahagian tertinggi dan biasanya memorandum akan diserah kepada pegawai.

Oleh yang demikian, mahasiswa-mahasiswi mengambil keputusan untuk berdemo secara aman pada malam tersebut. Mereka datang secara aman, dan mereka berkumpul macam orang lain berkumpul kerana pada malam itu adalah malam tahun baru dan berkumpul pada malam tahun baru adalah perkara yang biasa.Namun, ternyata dan jelas, UPSI sudah pun dipengaruhi oleh politik UMNO!

No comments:

Post a Comment