Hari ini mungkin ramai yang beranggapan UMNO akan kalah pada PRU-13. Ini kerana melihat pada isu yang terjadi pada hari ini seolah-olah UMNO sudah nyawa-nyawa ikan dan Najib sudah tiada jalan untuk meyelesaikan kemelut yang berlaku di negara ini dan memaksa beliau akan terus memanjangkan tempoh PRU-13.
Namun adakah UMNO sebodoh ini? Aku tidak percaya UMNO sebodoh itu. UMNO sudah memerintah di negara ini hampir 60 tahun bila dicampuar usia umno lama dan usia umno baru. Aku tidak fikir Umno sudah bersedia untuk kalah.
Mengenai isu mahasiswa, adakah UMNO tidak mampu berfikir bahawa dengan memukul pelajar akan menambah lagi peratusan untuk umno kalah pada PRU nanti. Aku rasa umno juga tahu, dengan menjadikan mahasiswa sebagai musuh adakah perkara yanjg bodoh kecuali umno sudah ada perancanganya. Perancangan menukar Perdana Menteri lama kepada yang baru demi menghadapai PRU-13.
Atau mungkin ia juga satu rancangan yang rapi yang dibuat oleh PARTI UMNO atau pun juga merupakan perancangan sekumpulan dalam parti yang mahukan politik najib berkubur dan digantikan dengan Perdana Menteri yang baru. Ini kerana, seperti yang mana kita tahu, sebelum ini najib sudah bersusah-payah berusaha mengambil hati rakyat dengan memansuhkan ISA dan berjanji auku akan dimansuhkan hanya kerana ingin menjadi hero dimata rakyat.
Dan pelbagai cara atau program yang dibuat najib demi menarik pengundi muda. Namun banyak rancangannya dikritik teruk oleh Pakatan Rakyat sebagai contoh najib naik bas. Ramai yang marah bila najib bas yang mahal. Adakah perkara itu sengaja diadakan untuk menjahanamkan masa depan politik najib. Apakah rancangan-rancangan yang dibuat najib sengaja disabotal sehinggakan imej najib pada hari ini sangat buruk dan tiada seorang pun dari kalangan menteri yang bersungguh-sungguh mempertahankan najib tidak seperti yang berlaku dizaman Mahadhir.
Dalam kes sharizat, ramai juga pimpinan umno yang mempertahankan beliau. Teapi kenapa dalam kes najib tidak serancak "pertahanan" yang dimiliki oleh sharizat.
Adakah mereka yang terlibat dalam kes NFC yang menjadi dalang dalam memburuk-burukkan imej najib demi mengalihkan perhatian. Ini kerana, isu mahsiswa sudah menjadi tajuk utama sehingga kes NFC atau penyalahgunaan wang zakat tidak lagi rancak dibualkan oleh pakatan rakyat kerana sibuk dengan isu mahasiswa yang kononnya akan menjadi faktor kemenangan di PRU-13.
Namun adakah UMNO langsung tidak takut akan faktor ini? Atau mungkin UMNO sudah ada senjata rahsia dalam menangani isu mahasiswa menjelang pilihanraya nanti. Seperti mana yang kita tahu, umno pernah membayar RM76 juta kepada APCO untuk dijadikan sebagai penasihat kepada UMNO. Aku tidak percaya jika UMNO mengetahui isu mahasiswa ini akan menjadi faktor penentu pada PRU-13, tetapi masih menjadikan mahasiswa sebagai musuh. Aku dapat rasa UMNO sedang tersenyum bermain dalam isu ini.Melihat kita bersungguh makan dalam isu ini sehingga isu-isu lain yang sepatutnya menjadi senjata utama namun tidak kita gunakan.
Aku tidak tahu kenapa dalam fikiran aku menyatakan bahawa semua yang berlaku dalam isu mahasiswa hari ini dengan izin ALLAH swt adalah sebahagian dalam rancangan UMNO. Aku merasakan kes mahasiswa adalah perancangan untuk jatuhkan najib sebelum pru-13. Ini kerana, kita pernah melihat bagaimana Mahadhir sendiri pernah meletak jawatan demi menyelamatkan UMNO pada pilihanraya ke-11. Sama juga dengan Pak Lah juga pernah diminta letak jawatan demi menjaga maruah parti UMNO.
Adakah Najib juga akan diminta untuk meletak jawatan demi menyelamatkan parti Umno pada PRU-13. Dan sudah pasti Muyiddin yang akan dilantik menjadi Perdana Menteri. Seperti mana yang kita tahu, isu NFC bukan hanya melibatkan Sharizat seorang, bahkan muyiddin juga terlibat kerana pada tahun 2007 dimana kes projek lembu NFC diluluskan, Muyiddin ketika itu adalah menteri menteri pertanian dan asa tani.Adakah Muyiddin yang menjadi tok dalang dalam perancangan ini?
Adakah demi mengalih perhatian rakyat, maka sengaja isu mahasiswa ini dicanang. Ini kerana, selain tuntutan mahasiswa terhadap akta auku dimansuhkan, ada juga yang mahasiswa meminta masalah penganguran dikalangan lepasan mahasiswa dalam bidang pendidikan itu diselesaikan seberapa segera. Dan sedikit demi sedikit masalah itu diselesaikan. Dan bakal para guru tersebut dijadualkan akan ditemuduga pada bulan februari ini dan dijangka akan mula menjalankan tugas sebagai guru pada bulan mac juga pada tahun ini. Maka, jika masalah itu dapat diselesaikan, sudah tentu Muyiddin ketika itu dianggap sebagai "superhero" oleh bakal-bakal cikgu itu. Perkara ini mampu mengubah sedikit persepsi buruk mahasiswa terhadap kerajaan. Dan ditambah pula dengan para mahasiswa yang mengampu dan memprovokasi, ketika itu, mungkin mood marah mahasiswa terhadap kerajaan akan menurun sedikit.
Adakah kebetulan atau ianya sesuatu yang dirancang, PRU-13 dikatakan akan diadakan pada bulan mac tahun ini dan ketika itu juga masalah penganguran dikalangan lepasan mahasiswa pendidikan akan selesai. Dan berkenaan isu auku, mereka tiada masalah loangsung untuk memansuhkan auku dan akan perkenalkan akta baru seperimana yang mereka lakukan terhadap akta ISA.n Namun, aku beranggapan semua yang berlaku ini adalah sebahagian orang-orang tertentu dalam memastikan Umno tetap menjadi sebuah kerajaan selepas PRU-13 nanti.
Dan diantara faktor lain aku fikir najib sedang dijatuhkan adalah perkara berkenaan pembongkaran terhadap najib. Banyak rahsia-rahsia najib terbongkar dan aku dapat rasakan banyaknya terbongkar rahsia-rahsia najib itu bukanlah dibongkar oleh PAKATAN RAKYAT tetapi dibongkar sendiri oleh orang-orang UMNO. Inilah buktinya wujud konspirasi dalam UMNO untuk jatuhkan Najib.
Namun ini semua hanyalah persepsi aku yang tidak berbukti kukuh. Hanyalah andaian semata-mata. Untuk dipercaya atau tidak, terpulangLAH, ini kerana, perkara yang aku katakan ini bukan hujah atau fakta, ini hanyalah andaia aku semata-mata. Namun yang demikian, PRU-13 ini adalah PRU yang paling sengit itu bukanlah suatu andaian. Maka seluruh jentera PAKATAN RAKYAT dari setiap lapisan akan berusaha sedaya upaya untuk menggagalkan sebarang usaha UMNO di PRU-13!
Yang penting ABU~
No comments:
Post a Comment