Friday, February 10, 2012

Acu try test Mung!


Umno meminta untuk rakyat acu try test kepimpinan UMNO di Kelantan untuk satu penggal. Ini adalah jawapan kepada persoalan jika kita terfikir untuk terima di try test oleh UMNO.

Ingat negeri Kelantan ini barang mainan ke nak try cuba test. Lihat sahaja projek projek Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua. Projek ini telah dirasmikan semalam oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB. Dato’ Seri Abdullah Hj.Ahmad Badawi pada 02 Ogos 2007 dandijadual siap pada Disember 2009. Sekarang sudah berapa parutus yang siap dan sudah berapa kontraktor yang terbabit? Tetapi projek itu masih belum siap dan rakyat masih lagi terpaksa menghadapi kesusahan kerana kegagalan mereka menyiapkan projek itu dalam masa yang telah dijadualkan.

Pada November 2011 satu Projek membina jambatan Lapang Pari telah dibuat dan dijangka siap pada bulan April tahun ini. Projek ini jua merupakan pembinaan semula oleh Kerajaan Negeri Kelantan yang sentiasa dipinggil dalam BELANJAWAN NEGARA. Kerajaan Negeri Kelantan juga dikatakan Negeri yang miskin. Tetapi dengan hanya RM2.8 juta insyallah pada bulan April ini laluan alternatif ke Pantai Cahaya Bulan boleh dilalui. Ia juga melibatkan 10 buah kampung yang mengunakan lalaun itu untuk ke bandar.

Maka, adakah kita perlu untuk cuba try test pemerintahan UMNO di Kelantan. Cukuplah hanya berlaku stadium runtuh di Terengganu sahaja. Dan sudah cukup dengan projek bernilai RM157 juta itu sebagai jawapan bahawa tiada ruang lagi untuk UMNO di Kelantan!

No comments:

Post a Comment