Hari ni pagi-pagi buta Aduka Taruna dah tersengih depan rumah aku. Rupa-rupanya aku janji dengan dia pagi ni nak pergi ke program Umno iaitu Konvensyen Media Sosial peringkat negeri Kelantan. Tujuan aku pergi bukan sebagai SB atau perisik, tetapi aku pergi cuma nak tengok dan dengar apa taklimat Umno untuk PRU-13 kepada unit media baru diorang ni. Bagi aku pemergian ke majlis UMNO ini satu hanyalah simbolik untuk kawan-kawan kepada pembuka "POLITIK MATANG" bagi peringkat unit media baru.
Dan ini bukanlah kali pertama aku pergi ke program UMNO. Dulu pernah aku pergi ke program UMNO di stadium dimana pada ketika program itu berjalan, tiba-tiba api terpadam. Balik je aku ke rumah, bloggers Ipoh Mali menuduh aku dan Topeng Perak yang juga bersama aku ketika itu yang sebatoj program dia. Ya ampun, dah macam agent Hunt dalam mission impossible diorang ni anggap aku.
Aku tak serik dan hari ni bersama Aduka Taruna pula aku pergi ke Program Umno. Sebelum masuk aku dah sound Aduka, aku rasa diorang ni cam aku, maybe diorang akan buat sesuatu macam yang pernah Ipoh Mali buat dulu tu. Aduka kata dia tak takut, dia pergi bukan nak kacau program diorang pun, datang hanya sebagai rakyat biasa. Masa Aduka cakap tu, teringat aku dekat program ABU di serang di Shah Alam baru-baru ni. Diorang boleh datang sebagai penacau, takkan aku nak pergi sebagai pendengar pun tak boleh kot. Untuk seketika aku bermonolog.
Sampai je aku kat Hotel River View, kelihat kosong. Betul ke ada program Datuk Pa kat sini hari ni? Rupa-rupanya mesej yang Hazwan hantar tu silap, sebenarnya bukan di Hotel River View tetapi di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kota Bharu. Terdetik dalam fikiran aku, boleh ke program UMNO tetapi di buat di Dewan Milik Kerajaan. Bukan ke ini program Parti ke? Mungkin diorang sewa kot. Aku cuba untuk berfikiran positif.
Masuk je ke dalam kawasan Kompleks Jabatan Kebudayaan kelihatan beberapa biji van yang ada logo Umno. Mungkin ini van Skuad Sayang yang Najib bagi kat Fatmi ari tu kot. Aduka ajak bergambar kat situ. Minat betulah mamat ni bergambar sejak ada gigi palsu ni. Sesampainya aku kat dewan tu, aku tengok ada kaunter pndaftaran, niat nak daftar, datang secara sah, ettapi kata dah tutup dan akan dibuka sekejab lagi. Diorang suruh aku naik dulu.
Majlis tu ditingkat atas, kebetulan masa aku nak naik Datuk Pa nak keluar, mungkin dia dah habis berucap dan nak ke kawasan lain pula. Biasalah, bakal bekas MB kelantan, mesti sibuk. Yang ni aku boleh puji Datuk Pa, Public relations (PR) memang tinggi, bila nampak je aku terus dia senyum, mungkin dia tak tahu kot aku pernah keluarkan gambar macro lubang hidung dia masa program yang aku dituduh yang sebotaj program diorang hari tu. Tetapi berbangding Datok Awe Adek yang pernah aku jumpa di Parlimen, PR dia memang hancur!
Aku masuk dalam dewan, sambutan agak menggalakkan. Adalah juga orang hadir. Aku tak tahu siapa, tetapi dengan jelas aku tengok ada budak depan aku yang pakai baju UITM. Dan memang ramai yang hadir adalah anak muda. Aku duduk dengan mendengar ucapan Prof Ramlah Adam dan Ustaz fathul bari. Dari ucapan mereka, aku dah boleh agak apa agenda politik diorang menjelang PRU-13. Ucapan mereka berdua sungguh hebat, sehingga ketika Prof Ramlah Adam memberi ucpan tidak dengar suatu suara pun, adakah diorang tidur atau pun diorang tak faham. Yang jelas, proaf Ramlah Adam terus menerus menyerang DAP dan Pas adalah parti serpihan UMNO dan bukannya daripada Hizbul Muslimin. Dan ProF Adam bersungguh-sungguh menyuruh orang mempercayainya kerana beliau mempunyai PHD, sebijik macam Hassan Ali yang juga pernah memberitahu beliau mempunyai PHD.
Selepas Prof Ramlah Adam, Ustaz Fathul Bari pula mengambil tempat. Pada hujah dan ayat yang digunakan olehnya agak menarik. Mungkin pakcik-pakcik dan makcik-makcik boleh termakan dengan Ustaz ini. Contoh yang diguna juga ada lojiknya. Dan sedikit bunyi tepuk tangan daripada Puteri UMNO. Mungkin terpikat dengan Ustaz Fathul Bari atau mungkin sependapat dengan Ustaz yang aku anggap beliau adalah Ustaz Salafi jumuk. Ustaz Fathul Bari menggunakan isu DSAI yang kononnya seperti Iman Mahdi dan Tok Guru seperti nabi. Ada yang sependapat dengan Ustaz Fathul bari bila ada yang bertepuk tangan tanda setuju. Aku tidak faham dengan Ustaz ini, beliau yang aku rasa seorang cerdik kenapa masih tidak faham isu ini. Rasanya isu ini telah selesai kenapa masih gunakan isu ini. Atau mungkin UMNO tidak isu pun nak serang PAS. Dan hujahnya tidak mahu rakyat terlalu "taksub" kepada peminpin. Rasanya, rakyat masih cerdik, dan Tok Guru sentiasa mengingatkan beliau ini adalah manusia biasa dan jika rakyat hari ini taksub dengan Tok Guru, sudah lama negara ini kacau bilau kerana sudah berapa banyak fitnah yang Umno lemparkan, begitu juga dengan DSAI. Rakyat hari ini bukan mempunyai perasaan taksub, tetapi rakyat hari ini mempunyai perasaan "BENCI" pada peminpin yang tidak pernah melihat kesensaraan rakyat di bawah.
Sesudah je Ustaz Salafi Jumuk ini selesai memberi ucapan, aku ajak Aduka keluar untuk balik. Kan ada ikrar untuk berjuang untuk UMNO, muntah kat situlah aku.
Sebelum aku keluar aku tengok pendaftaran dibuka, ramai yang berfaftar, pasal ada cabutan bertuah, hadiah yang aku nampak LAP TOP dan Aduka cakap I-PAC pun ada. Aku pun nak gak daftar, bukan nak ambik nombor cabutan bertuah, aku nak tengok buku-buku yang diorang bagi. Pasal hari tu juga program Datuk Pa kepada cikgu-cikgu pendidikan Islam diorang bagi buku yang menfitnah tok guru. Tiba-tiba aku disapa" min demo tokleh ambik bare-bare pendaftre ni" Siapa lak mamak ni. Tiba-tiba sound aku menggunakan nama manja aku ni, aku tak kenal pun. Aku tanya dia, kenal ke aku. Dia cakap dia kenal dan memperkenalkan diri sebagai pegawai keselamatan dan beliau meminta aku tidak mengambil barang-barang untuk pendaftanran ini kerana ianya hanya untuk ahli UMNO. Aku akur, cuma dalam hati aku berkata" semoga ahli korang tu cukup untuk memenagkan korang pada PRU ini" Pas punya pendekatan tidak mengira parti untuk menarik minat mereka. Dan PAS juga percaya, kuasa penentu kemengan bukan daripada AHLI PAS tetapi daripada golongan tidak berparti. Golongan ini lagi ramai.
Masa aku nak keluar diiringi oleh pegawai keselamtam tadi, aku tengok Jogho Kelate bersama Azmy Awang Kelana Jaya sedang bercakap. Aku dekati mereka, Jogho memamng sudah kenal aku, tetapi si Azmy Awang Kelana jaya ni aku hanya bertengkar di dalam FB dan belum lagi bersemuka. Aku hulurkan tangan bersalaman dan perkanalkan diri Jeming. Rupa-rupannya dia masih ingat aku. Aku tidak bercakap banyak dengan Azmy. Si Johgo merapati aku dan memberitahu ramai dah orang-orang Umno dalam dewan ni duk perhatikan aku. Dan sudah ada gambar aku diberi kepada pegawai keselamatan dan memang pegawai keselamatan ingin menyuruh aku keluar. Tetapi kebetulan aku pun sudah mahu keluar. Rupa-rupanya memang ahli-ahli media baru UMNO ni takut kat aku. Katanya takut aku spin. Apa daaaaaa.. aku bukan macam tu, aku punya krebilitilah sebagai penulis.
Sebelum aku balik si Azmy Awang nak bergambar dengan aku. Aku agak keberatan juga dengan bloggers Azmy ni yang memeng terkenal dengan ayat yang pusing-pusing dan artikel yang macam hampeh. Si Ustaz Azhar pun pernah dituduhnya macam Yahudi. Tetapi aku benarkan, kerana aku inginkan suasana politik terbuka dan politik matang. Dan sekali lagi aku bergambar dengan jogho di depan van skuad sayang. Tiba-tiba si Aduka bertanyakan Papa Gomo ada datang tak. Dia cakap ada, tetapi duk kat bawah. Dari jauh aku nampak seorang lelaki dan macam ahli gusti sebijik macam papa gomo. Aku cam dia pasal minaq jinggo yang pernah keluarkan gambar si Papa Gomo ni.
Aduka berminat untuk bergambar dengan Papa Gomo katanya sebagai simbolik politik matang. Namun Papa Gomo berkeras tidkmahu bergambar seolah-olah orang tidak cam beliau. Wal hal gambar yang Minaq Jinggo keluarkan sudah serata yang keluar. Aduka tetap memujuk untuk mengambil dengannya tetapi mengugut akan melempar telefonnya kalau berbuat demikian. Aduka yang agak kecewa akur namun tidak sengaja atau tersengaja mengambil video ketika Papa Gomo mengugutnya itu. Dan aku sempat berdebat degannya. Ternyata orangnya sama dengan penulisannya. Selain mencarut beliau akan menggunakan fakta yang merepak. Katanya Kerusi DAP adalah yang paling banyak dalam parlimen, padahal kerusi PKR iaitu 31 berbanding DAP adalah 28. Dan mungkin ada yang lompat parti menyebabkan PKR kekurangan kerusi namun pakatan rakyat tetap melantik DSAI tetap sebagai ketua pembangkan. Dan sebelum aku berundur, aku bertanyakan kenapa bloggers UMNO sentiasa mainkan isu pakatan DAP dengan PAS tetapi pakatan UMNO dan MCA seolah-olah tidak pernah berlaku. Lalu dia menjawab dengan mencarut pasal DSAI yang biasa dia guna. Maka aku bolehagakdah capaian akal bloggers Umno ni yang memberitahu kepada aku dengan aduka berdepan dengan aku ni No mercy jer~
Maka kesimpulannya yang boleh aku buat pada lawatan aku di majlis UMNO menunjukkan masih ada yang boleh mengamalkan politik matang, tetapi memang terlalu sedikit. Dan aku boleh Nampak pergerakkan UMNO ini seolah-olah rahsia bila ada pegawai keselamatan yang mahu menyuruh aku keluar sedangkan program PAS sentiasa dibuat secara langsung diinternet tanpa mahu berselindung. Dan UMNU juga seolah-olah merasakan hanya ahlinya yang akan digunakan dan bukan ahli UMNO tidak berguna kepadanya. Oleh yang demikian, aku mengajak semua yang tidak ahli UMNO supaya jagang mengundi UMNO kerana UMNO hanya akan tolong ahlinya sahaja,. wallahualam
No comments:
Post a Comment