Teka teki yang Najib berikan kepada penduduk Sabah yang berbunyi negeri manakan negeri yang termiskin merupa penghinaa buat seluruh warga Kelantan. Bahkan Umno Kelantan juga patut merasa marah dengan kenyataan Najib itu seolah-olah menafikan kerja-kerja UMNO Kelantan atau memang UMNO Kelantan tidak melaksanakan tanggungjawab.
Dari sudut formula mana yang Najib guna sehingga Kelantan menduduki negeri termiskin itu aku tidak pasti, tetapi daripada kenyataan Kenyataan Rasmi Ketua Audit Negara yang memuji pemerintan Negeri Kelantan merupakan satu jawapan bahawa kenyataan Najib itu berunsur fitnah dan sengaja ingin menghina kerajaan Negeri Kelantan.
Pada satu ketika, Topa Mamat mengakui bahawa beliau diantara orang yang menyekat bantuan kepada Negeri Kelantan. Namun, dibawah pemerintahan Tok Guru, Kelantan yang bertukar pucuk pimpinan daripada pimpanan UMNO kepada PAS terus membangun dari sudut pembangunan ummah dan juga pembangunan sejagat walaupun tidak mendapat bantuan daripada Kerajaan Pusat.
Kelantan juga telah dikhinat oleh kerajaan Pusat yang menafikan hak rakyat Kelantan yang sepatutnya merasa wang royalti minyak. Namun kerajaan pusat telah menyamun daripada hak milik rakyat Kelantan dan menghina pula rakyat Kelantan.
Negeri Kelantan juga satu-satunya negeri yang diberikan pinjaman dalam membangunkan syarikat air berbanding di negeri lain yang hanya mendapatnya secara percuma. Bantuan dalam bentuk pinjaman itu juga hadir dalam masa yang agak lewat namun dengan sengaja dibanding-banding dengan negeri yang telah mendapat bantuaan secara percuma dan masa yang diperolehi agak awal berbanding negeri Kelantan.
Namun segala macam kezaliman kerajaan pusat itu dapat diharungi oleh Tok Guru selaku MB Kelantan bersama-sama kakitangan yang sentiasa bersama dalam membangunkan negeri Kelantan.
Setelah hampir 21 tahun Kerajaan Kelantan dipimpin oleh Tok Guru, negeri ini dapat merasakan pelbagai perubahan dan bantuan daripada Kerajaan Negeri Kelantan. Pelbagai program yang diperkanalkan dan bahkanada juga program yang hanya boleh didapati di negeri Kelantan yang kononnya merupakan negeri yang termiskin.
Program seperti skim gerbang az-ziwaaj, skim al-it'aam, dinar emas,program ladang rakyat, rumah dhu'afat, cuti bersalin 60 hari dan merupakan negeri yg hidup dengan izin ALLAH swt tanpa bantuan kerajaan pusat. Kebajikan ini sudah dirasai oleh penduduk Kelantan dalam tempoh yang lama berbanding kerajaan pusat baru perkenalkan BR1M setelah lama menjadi pemerintah. Namun, BR1M itu bukan seperti program Kerajaan Negeri Kelantan dalam jangka masa yang panjang.
Maka, kenyataan Najib yang memberi jawapan teka-teki negeri mana negeri termiskin adalah negeri Kelantan jelas merupakan satu fitnah dan menghina seluruh rakyat Kelantan daripada golongan bawahan hinggalah ke peringkat Institusi Raja Kelantan yang juga merupakan rakyat Kelantan yang menetap di Kelantan.
No comments:
Post a Comment