Sunday, February 12, 2012

UMNO yang terdesak!



Acu try test sepenggal. Itulah slogan terbaru UMNO di Kelantan untuk menarik pengundi supaya memilih UMNO menjadi kerajaan di negeri Kelantan.

Dari sudut bahasa dan perkataan, UMNO telah menunjukkan kebodohan dengan menggunakan pengulangan perkataan yang menunjukkan UMNO sangat terdesak sehingga sanggup merayu-rayu demi mendapat negeri Kelantan. Berbanding dengan PAS dan Pakatan Rakyat yang menjanjikan sebuah negeri@negara berkebajikan jika mendapat mandapat rakyat. Bahkan para pimpinan Pakatan Rakyat juga menunjukkan mekanisme untuk menjadikan negara ini negara berkebajikan dengan membanteras rasuah, ketirisan dan pembaziran. Ini jelas menunjukkan keseriuskan Pakatan Rakyat untuk memerintah berlainan dengan UMNO seolah-olah negeri@negara ini permainan untuk dicuba-cuba.

Berbalik kepada slogan UMNO yang meminta untuk mencuba walau sepenggal sudah layak untu ditolak mentah-mentah. Ini kerana UMNO telah pun memerintah dan mengambil alih pemerintah daripada Pas Kelantan sekitar tahun 1978 hingga 1990. Dan kisah ketika UMNO memerintah di Kelantan sehingga ke hari ini parutnya masih jelas. Dan banyak perubahan yang telah dilakukan oleh Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku MB Kelantan.

Ketita UMNO mengambil alih sebagai Kerajaan di Kelantan, banyak kekejaman yang telah UMNO lakukan seperti membuang semua iman-iman dan penghulu setelah menjadi kerajaan di Kelantan. UMNO juga telah memperlihatkan ketidakpandaian dalam memerintah bila timbulnya masalah. Seperti mana kes pembunuhan berpuluh ribu ekor lembu sehingga menimbulalkan perasaan marah rakyat dan ulamak menyebabkan berlakunya sedikit kekecohan. Jelas menunjukkan UMNO tidak pendai memerintah di kelantan yang berlatar belakang orang yang berpendidikan agama.

Ketika pemerintah UMNO, Kelantan juga diantara negeri yang banyak tempat berjudi dan pusat pelacuran. Bukan itu sahaja, bahkan banyak permainan yang menggunakan judi sehingga kura-kura atau belalang juga menjadi perjudian. Perkara ini berlanjutan sehinggalah Tok Guru yang menjadi MB Kelantan. Sedikit demi sedikit banyak peninggalan buruk UMNO kini sudai tiada dan hanya tinggal parut dek kepandaian Tok Guru dalam memerintah di Kelantan.

Di bawah pemerintah Tok Guru, banyak perkara baru yang diperkanalkan seperti sistem gadaian islam, rumah dhu'afat, gerbang az ziwaaj, skim al-it'aam, dinar emas dan bermacam-macam lagi sehingga ada yang menjadi ikutan di negeri lain.

Maka untuk apa lagi UMNO mahu membuat tawaran terhadap rakyat kerana UMNO sudah berada di peringkat pusat namun masih belum dapat menjadikan negara ini sebaik negeri Kelantan.

Seharusnya UMNO malu untuk tunjuk muka di Kelantan kerana, walaupun tanpa bantuan pusat kerajaan Negeri Kelantan mampu menjadi sebuah negeri yang mementingkan kebajikan kepada rakyat. Umno yang telah memerintah pusat bukan sahaja gagal untuk memberi keselesaan kepada rakyat bahkan menyusahkan rakyat.

"Acu try test sepenggal" jalan terakhir UMNO dalam bentuk rayuan yang tidak berasas dan lagak gayanya seperti penagih dadah yang meminta dadah dan memberi jaminan inilah permintaan yang terakhir.

No comments:

Post a Comment